Followers

KEK PISANG ..versi CT


kek ni terpandang katdapur CT..ambik resepi dah lama tapi br terbuat kemarin..memang sedap dan lembut..hubby suka..thanks CT nanti saya CnP resepinya yer..

SOTONG MASAK KUNYIT BERSERAI


Menu dinner semalam..hubby mintak goreng cam kat Restoran Uncle Bob..tapi time tu order ayam...so cuba2..dan inilah hasilnya...
Nak cerita pasal sotong tu..saya dapat free dari kawan sekerja..hubbynya mengajar kat Pulau..kebetulan dapat byk sotong trus disedekahkan ngan kawan2..terima kasih byk2lah kak Tuty..Moga dilimpahkan rezeki yang berlimpah ruah...
Kacang panjang tu pun hasil pemberian kawan sekerja hubby..byk dia bagi sampai 2 ikat..segar yg dipetik dibelakang rumah je..sekali lagi ucapan terima kasih ku hulurkan...tak kusangka..byk btul rezeki ku bulan ni...

Kat bawah ni pulak kombinasi lauk dinner malam tadi, sotong goreng kunyit berserai,ikan singgang, ulaman dan telur asin..burp..kenyang aku dibuatnya..

Award dari Milla


Thanks Milla....dah gantung dah ni...jangan lupa ambk ros kat bawah tu buat hias rumah..

Dapat Hadiah Cheese Cake!!!


Syukurlah rezeki melimpah ruah sejak 2 menjak ni..ada je kawan2 memberi..kawan hubby juga..
Thanks Kak Rose..kejutan yg tak disangka..tiba2 ada sebiji kek atas mej kat sekolah..cheese cake faveret lagi tu..!! Love u kak Rose...sebenarnye yg korang layan ni gambarnye je..tapi yg tersuratnya dah habis dimakan oleh ku...sedap2..


Blogger Templates

Dari Azatie...


Jalan jalan umah kawan2 terjumpa bunge ros yang sangat cantik ni..lbh2 lagi kita peminat bunga ros..terus ambik tanpa segan silu dah..thanks atie..moga persahabatan ini kekal walau hanya di alam maya..mana tahu kalau diizinkan Tuhan...boleh jumpa kat luar pulak kann!

IKAN TENGGIRI SOS LEMON


byk btul cik abang kita beli ikan tenggiri..masak cam gini pun tak habis satu keping isi ikan..yg ada berketul2 lg kat peti ais...jd kena jgk umah kawan dapatkan resepi best...resepi ini saya memang teringin nk makan tapi tak jumpa resepi cam yg saya mahu jd saya buat ikut firasat sendiri...not badlah sebab saya ni memang faveret lemon..

Bahan2
Sekeping ikan tenggiri(saya potong kecil gaul ngan sedikit grm dan lada sulah then celup dalam sebiji telur yg dipukul sedikit dan golek atas tepung gandum/tpg beras/jagung, nk guna tepung kentaki pun boleh)
4 ulas bawang putih cincang
sedikit halia dicincang
3 biji lada kering dipotong kasar
jus lemon dari setengah biji..ikut seleralah yer
sedikit sos plum
sedikit jus sunquick
bawang besar mayang (optional)
Lada benggala hiris(optional)
Tomato potong 4(optional jgk)
Hirisan lemon
sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah

Cara2
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi
Masukkan cili kering beserta jus lemon,sos plum dan jus sunquick
Tambahkan sedikit air masukkan ikan garam gula serta bahan2 lain,hirisan lemon saya letak kemudian takut pahit pulak..
akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah..siap

BANGUNAN BARU SEKOLAH


iNI ANTARA BANGUNAN BARU YG AKAN MENGGANTIKAN BANGUNAN LAMA KAT SEKOLAH..JENUHLAH MEMANJAT TANGGA YG 4 TINGKAT TU..SBLM NI PALING TINGGI PUN 3 TINGKAT..

AWARD FROM MAZ


Thanks Maz..bagi award ni..pes taim dapat award ni..makacih2...

Ayam Masak Kicap Pedas


Lauk semalam..resepi ikut suka tuan rumah jer ni...ok layan resepi...

Bahan2
seketul ayam bahagian paha (potong ,gaul kunyit dan garam,goreng setengah masak)
setengah biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
setengah biji bawang besar mayang
2 biji tomato belah 4
3 sudu besar cili boh/cili kering kisar
2 1/2 sudu besarKicap manis
2 sudu besar sos tiram
setengah cawan air(terpulangla nak berkuah/tak)

Cara
Tumis bahan kisar hingga wangi ,masukkan cili boh tumis hingga garing.
Masukkan kicap manisdan sos tiram biar hingga naik minyak..
Masukkan ayam beserta air dan tomato
setelah hampir masak taburlah bawang hiris..dah siap


Lupa lak kasitau..resepi ni tak yah garam,gula or perasa..dah sedap macam tu je

Jemput-jemput ikan bakar


ekceli..sama je dengan resepi cekodok lain tapi stok ikan bilis takde kat umah so ubah stail..bakar jap ikan selayang ambik isinya dan hancurkan campur dalam adunan cekodok cam biasa la.. memang sedap juga sebab terasa ikannya..

Kailan Goreng


Pelengkap hidangan ayam malam tadi..ingat nak makan kat luar je..tp hubby nak jugak makan kat rumah..so masak jela apa yang ada

Piknik Tepi Pantai Tanjung Aru.

Cuti sekolah ari tu tak sempat nak bercuti jauh..cuma ini je yg dapat buat...apa2 pun ank tetap suka..yelah dapat mandi....

Dorayaki Doraemon


Tengok resepi kat Hana Blog dr resepi asal lydia...terus set nak cuba time cuti..alhamdulillah jadi..walaupun tak secomel yang Hana punya...sampai Haziq mintak buat lagi..maksudnya bestlah tukan..hik..hik..puji diri sendiri lak..Hana saya CnP yer


Bahan-bahan

  • 100gm tepung kek atau tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 60gm gula halus- hana buh 50g jerk
  • 2 sudu besar madu
  • 2 biji telur
  • ½ sudu besar minyak masak
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Inti:1½ cawan kacang merah yg manis

Cara-cara

  1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. *hana buh 2 sudu besar susu segar.
  4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
  5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.


Nasi Beriani..


Salam semua..masih dalam mood cuti..walau pun tak de maknanya cuti bagi saya..maklumlah tak senang duduk nak kena present this weekend..hopefully sumenya ok.. apapun layan dulu nasi berani ni..sedap resepi ni dari Mak Lang..saya copy yer Mak Lang..kawan2 sume jgn lupa cuba yer..memang tak mengecewakan

Bahan2 untuk nasi:

3 put beras Basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
1/2 put yogurt ( boleh digantikan dengan 1/2 put susu pekat dicampurkan dengan 2-3 sdb perahan air limau nipis)
Sedikit garam mengikut rasa
3 biji lada merah }
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning, saffron(koma-koma) dan air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka


Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumis bwawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
Apabila mendidih, masukkan beras.
Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
Apabila nasi tlah masak, ambilkan minyak dari lauk beryani dan diletakkan kedalam nasi. Ambil jugak sedikit dari rempah beryani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan 3sdb air mawar bersama saffron. Renjis2kan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar
Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi



Lauk Beryani
1 1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
Rempah beryani 1-2 packet
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
4 biji tomato masak dimesin halus
1/2 tin tomato puree
4sdb madu
2 sdb gula putih
1 sdb gula merah
2 adb HP sauce (kalau tak ada tak pe)
1/2 tin susu cair
4 biji lada hijau dipatah2kan sepanjang 1 inci
10 biji badam dimesin halus
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka
garam mengikut rasa

Caranya:

Gorengkan ayam bersama garam dan kunyit. Jangan terlalu masak.

Panaskan mnyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan rempah tumisan bersama bawang merah yang dihiriskan.
Masukkan bahan2 yang dimesin tadi.
Apabila telah naik bau, masukkan rempah berani.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, badam, HP sause,
lada hijau, madu, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
Masukkan pula daun2 tadi bersama kismis dan gajus.
(Biasanya maklang tak letak banyak sangat dalam gajus sebab nanti tak jumpa! Baik masukkan kat dalam nasi. Senang carik!)
Apabila telah betul2 masak, ambil minyaknya dan letakkan kat dalam nasi.


Acar mentah

1 biji Timun di hiris nipis sepanjang 1.5 inci. Hempulur nya dibuang
1 biji carrot juga dihiris nipis sepanjang timun
bawang kecil dihiris
bawang putih dihiris
2 biji lada merah dihiris
1 biji tomato dipotng nipis
sedikit garam dan gula

Campurkan semua bahan. Acar ini tak dicampur dengan cuka. Tomato boleh digunakan sebagai pengganti cuka.

Nasi Dagang


Menu cuti2 Malaysia...time cuti jer dapat buat msakan camni..time keje gantung sume periuk..ha..ha...sila2 lah yer..

Homemade Serikaya


Serikaya yg tak berapa kaya....he.he.. gara2 tak kacau bagus2..berketul2 serikaya ni,tak yg macam Mat Gebu punya..licin berkilat..apa2 pun rasanya memang sedap..anak2 tiap2 hari makan roti ngan serikaya ni walaupun diorang cakap kenapa serikaya mama pelik sikit?..Mintak izin yer Mat Gebu dan tuan punya resepi asal "Norzailina Nordin". CnP resepinya kat sini utk rujukan akan datang

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur
300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
180 g gula pasir (resipi asal 240g)
2 helai daun pandan
60 g gula pasir*
125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air panas, kacau rata dan matikan api. Biar suam.
  2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan kacau rata2.
  3. Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas api kecik sambil dikacau sentiasa hingga berkilat Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya tadi. Jangan lupa keluarkan daun pandan....

Cenderahati kenduri kahwin


Salam semua...ini selingan jer..ini sebenarnya hubby dapat masa pergi kenduri kahwin sabtu lepas kat Papar umah sedara kawan sekerja..unik jugak kan!!!

SUP TULANG


Salam sayang wat sumer kawan2 kat alam maya ni...happy holiday...ekceli tak seronok sgt cuti ni sebab kena siapkan byk assignment yg tertunggak..kesian jugak tgk anak2..tp kemarin sempat juga picnic kat Pantai Tanjung Aru..tapi bateri kamera xde..jd xde pic la jwbnyer..
okla entri hari ni masak sup..x sempat nak jgk resepi umah kawan2 jd wat ikut gerak hati jer lah..mujurlah hubby suka...ok...terpaksa blah dulu..nk cari bhn assignment kejap..jumpa lagi

Labu goreng sos tiram

MAJLIS AKAD NIKAH RAKAN SEKERJA MAZLAN & KHATIZAH



seronok btul pergi majlis akad nikah kawan saya ni..lebih2 lagi ramai kawan2 sekerja datang memberi sokongan sebagai wakil pihak lelaki..maklumlah Lan ni orang Johor jadi saudara tak ramai yang datang..
Ikutkan hati memang tak dapat nak datang..kebetulan pulak my hubby pun ada jemputan kawin dr sek dia...tapi bila pikir balik.kawan dengan Lan ni dah lama sejak mula2 dtg sek lagi...tak sanggup pulak biarkan dia..lebih2 lagi saudara yg datang jauh..takde pengangkutan..jadi saya ambik keputusan angkut tiga2 anak bawak pergi majlis...
Mujurlah tak berperangai diorang ni..

Apapun..semoga mereka berdua berbahagia hingga ke akhir hayat..InsyaAllah

APAM TEPUNG BERAS


Jom minum petang kat sini..sejak 2 menjak ni ramai btul kawan2 wat apam beras ni..jd saya pun x mau ketinggalan..lagipun tak cerewet dia punya resepi kan!! So saya CNP dari blog LOVE..dan di melayukan he..he..thanks yer..Love jg amik dr org lain jgk..cam biasalah..kawan2 kat maya ni memang murah hati bg resepi..tima kasih byk2lah yer..

APAM BERAS

Bahan-bahan:
• 1 cawan nasi
• 2 cawan tepung beras
• 1 cawan gula putih
• 1 1/4 cawan air
• 1 sudu kecil yis
• sepeket kecil eno

Caranya:

  1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
  2. Perap lebih dari 3 atau 4 jam
  3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
  4. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
  5. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.

Daging singgang


Ini jer lauk yang ada kat dalam peti ais..bahan2 lain pun tak der..jd singgang jelah jawabnye

Ketam Lemak Cili padi dengan Belimbing Buluh


Hik..hik..punyalah panjang nama resepi ni...sebenarnya belimbing buluh tu jumpa kat pasar tadi..susah btul nak jumpa..dah jumpa trus belila..konon nk wat nasi dagang..tp x tau bila la..so suka hati jer masukkan dalam masakan ni..not bad still sedap la..

Bee Hoon Singapore


Tak tau lah jadi ke tak ni bihun singapore..hanya yg pakar dapat menilai..saja nak try lain sikit utk hari minggu ni..esok dah nk sek..

Sayur Kacang goreng dengan crab stick

Pelengkap dinner hari ni

Daging Masak Merah

..Malam ni hubby ngan haziq jer yang nak makan nasi..pikir punya pikir masak daging masak merah jelah sebab dua2 suka daging...sekejap jer licin dah semuanyer

Nasi Goreng Putih


Nasi goreng untuk dinner..guna bahan2 yg ade kat rumah jer..ala2 seafood jgk lah walaupun cuma ada sotong jer

Terung Bersambal


dah boring..tak tau aper nak masak..tiba2 teringat lauk yg selalu di masak kat kantin sekolah, jadi aku buat ikut firasat sendiri maka jadilah camni

NASI MINYAK

Ini lah nasi minyak yg sebenarnya telah di masak minggu lalu lagi..baru ader masa nak upload..rindu pulak ngan blogger kat sini..tp nak wat camana dah terlalu sibuk sangat..

Saya buat lauk gulai ayam cam mak saya buat selalu ler..hai tiba2 rindu pulak kat mak..takpe, kuatkan hati...harap2 takde aral cuti nanti dapat balik kg
Ini pulak pelengkap nasi minyak ni acar..ekceli nak wat acar masak ..tp malas lah pulak wat acar mentah jer...itupun nenas jer ada..layan jelah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails