Followers

Gulai Telur


Ini salah satu peberet lauk suamiku...

Bahan-bahan
  • sebiji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih)
  • sedikit halia dan kunyit hidup*
  • segenggam ikan bilis*
  • 3 cawan santan
  • 2 sudu cili boh
  • garam, gula dan perasa.
  • 4 biji telur
*dikisar halus

Cara membuatnya

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan cili boh,biar sehingga garing.
Masukkan santan dan perasakan gula,garam dan perasa.
Bila mendidih perlahankan api dan pecahkan telur perlahan-lahan supaya putih telur tidak berderai.(kadang2 saya pecahkan telur dalam air didih berasingan dan barulah dituang kedalam kuah..ni kerje x pro lagi lah)
Biarkan seketika barulah diangkat.


Tips mak saya: Kalau memasak lauk bersantan pastikan lauk tersebut direneh dengan api yang kecil selepas mendidih terlebih dahulu bagi memastikan rempahnye bercampur dengan baik dan menyedapkan lagi masakan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails