Followers
Lempeng Nyior
Kailan Goreng Ikan Masin
2 batang kailan besar
1/2 biji bawang besar dihiris
2 biji cili padi hiris(cili merah kalau tak nak pedas)
sepotong ikan masin hiris
Garam, gula dan perasa
minyak untuk menumis..sikit jer
sedikit air
Cara2
Tumis bawang besar dan cili padi hingga wangi
Masukkan semua bahan dan biar hingga masak..kailan x best kalau terlebih masak.
Ayam Goreng Mamak Celup Tepung
AYAM GORENG MAMAK
bahan
1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari
garam
minyak
bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia
Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.(Saya celup telur dan golek dalam tepung goreng ayam)
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak.
Mee Goreng Mamak
MEE GORENG MAMAK
Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging )
100 gm fish cake ) hiris nipis (x letak)
100 gm fish ball )(x letak)
4 keping kueh cucur udang )(x letak)
1 cawan taugeh (x de stok)
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari (x letak)
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau [hiris nipis]
Cara.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake, fish ball dan kueh cucur udang. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.
Daging Prun
Bahan A:-
- 600 gm daging (dipotong nipis)
- 1/2 cawan buah prun (dibuang biji dan dimesin halus)
- 5 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar cili mesin
- 2 sudu besar rempah kari
- 4 sudu besar minyak
- 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
Bahan B (dihiris):-
- 4 ulas bawang putih
- 10 ulas bawang merah
- 2 inci halia
Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga wangi.
Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan masak hingga daging lembut.
Masukkan buah prun yang dikisar dan garam. Biarkan hingga kuah pekat.
Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak ataupun nasi beriani.
Sayur Ape Ni??Cuba Teka...
Inilah rupanya isi kat dalam sayur tu..tp makcik tu ckp hiris mcm tu jer
Kek Coklat Kukus
Bahan-bahan
Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat
Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair - saya ikut cam hana guna minyak masak
1 cawan susu pekat
Bahan C:
1 cawan air panas didih
Cara-cara
- Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
- Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
- Masukkan bahan B dan kacau sekata
- Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
- Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
- Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)
versi bakar. still moist!
Utk Topping
1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin
Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.
Rojak Lobak Putih & Timun
Hiris nipis lobak putih dan timun(nor guna sebiji lobak putih dan sekerat timun), cam kat bawah ni..kalau ada nenas pun ok jugak..tapi mak Nor tak pernah bubuh
- 2 ekor ikan selayang/sardin dibakar ambik isinya dan ditumbuk( Nor guna sekor jer sebab besar tul ikan yg dibeli kat pasar tadi)
- sedikit belacan bakar (ikut citarasa, ditumbuk bersama ikan)
- Garam
- gula
- cuka
- cili boh
- sedikit air yg dimasak
Kayu Kamat
500 gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam
Cara2 Menyediakan
1.Yis segera dibancuh dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata.
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td.
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah)
5. Gorenglah hingga kuih bertukar warna coklat & hidangkan bersama teh panas dan cicah ngan kari ayam ..dijamin sedaap( sebelum goreng saya tuang sedikit minyak dalam adunan supaya tak melekat kat tangan bila nk menggoreng)
Kari Ayam Simple
mula2, tumis bawang besar, bwng putih, y tlh dptong dadu smpai naik bau.... 2. kmudian, masukkn halia, kayu manis n bunga lawang
3. pas2, msukkn serbuk kari ayam y tlh dibancuh ngan air,
4. kaco smpai pecah minyak...
5. msukkn daun kari...
6. masukn ayam n gaul serata selama 2 mint..make sure rata la...
7. masukn kentang y da dpotong baji..
8. kacau rata...
9. masukkn sedikit shj air...jan bnyk2... nant x sedap....
10. masukkn garam n gula secukup rase...
11. tuang sedikit air asam....
12. gaul n jaga api smpai masak...
(kari ayam ni x bnyk kuah tp pekat)
Nasi Kuning Lauk Ayam Pedas
3 cawan beras
4 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar marjerin
1 cm halia hiris kasar
sedikit kunyit serbuk (campur dalam santan)
sedikit garam
simpul daun pandan
Cara-cara
Panaskan marjerin, masukkan haia dan daun pandan hingga wangi.
Masukkan santan dan biar mendidih kemudian masukkan beras dan garam..then masak macam masak nasi biasa.
Ayam pedas
Bahan2
1/2kg ayam gaul ngan garam dan kunyit..goreng setengah masak
2sudu cili boh
sebiji bawang besar di kisar
2 ulas bawang putih dikisar
1cm belacan dikisar
1/2 cawan air asam
sedikit air
garam, gula dan perasa
Cara2
Tumis cili boh hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan masukkan pula ir asam dan sedikit air.
Bila hampir kering masukkan ayam bersama grm,gula dan perasa...biar hingga masak.
Hiaskan dengan bawang besar hiris
Birthday Anak Kak Ros
Onde-onde
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]
Cara:
1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendideh.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.
Ayam Kurma
KURMA AYAM
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Cara:
1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.
4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.
5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.
Kuih Lompat Tikam
Muffin Coklat Kukus
Muffin cokelat kukus
Bahan2 (A)
2 1/2 cwn tpg gandum
1/2 cwn koko
1 cwn gula perang
2 sudu besar gula halus
2 sudu kecil bikarbonat
1/2 sudu kecil garam halus
Bahan2 (B)
1 cwn susu cair (saya guna susu kotak anak yg free kat sek...he..he..)
1 cwn minyak jagung
1 cwn air panas
1 sudu kecil esen
Care2nye :
Panaskan kukusan .
Ayak tpg , serbuk koko , soda bikarbonat .
Gaulkan kesemua bahan2 (A) supaya sebati
Masukkan pula bahan2 (B) dan gaulkan rate2 hingga sebati .
Masukkanadunan kedlm paper cup dan kukuslah selama 25 minit dgn api sederhana .
Lepat Pisang
Lepat Pisang
Bahan
2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung susu
2 s/b gula
garam
daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]
Saya campurkan dengan sedikit kelapa parut
Cara
Gaulkan semua bahan supaya sebati.
Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
Kukuskan selama 15 minit.
Sejukkan dan hidangkan.
Lemasnya seekor ikan anakku..
Bayam Goreng Belacan
- Seikat bayam
- 2 ulas bawang merah hiris
- seulas bawang putih diketuk kasar
- sedikit ikan bilis
- 1cm belacan bakar dihancurkan
- sedikit garam dan gula
- lada merah hiris
Cara2
Tumis bawang merah dan putih beserta belacan hingga naik bau, masukkan bayam,lada merah dan ikan bilis serta sedikit air..perasakan garam gula dah siap.
Ikan Masak Citarasa Sendiri
Bahan
- 4 ekor ikan sederhana besar
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1/2 biji bawang besar*
- sedikit halia, kunyit dan lengkuas*
- sebiji lada merah*
- 5 biji cili padi*
- 1 btg serai *
- 1/2 biji bawang besar dihiris
- sebiji tomato belah 4
- sekeping asam
- 3 cawan air
- minyak untuk menumis
* dikisar
Cara2
Tumis bahan kisar dan tomato hingga wangi. Masukkan air biar mendidih.
Masukkan pula asam keping dan ikan tabur bawang besar hiris...perasakan garam, gula dan perasa.
Renehkan seketika..jgn terlalu lama nanti hancur lak ikan.
Pau tradisional inti kacang merah
Ini salah satu projek hari ni wat pau...tapi intinya segera..aku terjumpa kat pasaraya terus aku sambar..maklumlah malas nak rebus2 kacang merah...amacam gebu tak..saya buat cara orang dulu2 jer..byk jugak jumpa resepi pau..macam2 version lagi...tapi resepi lama jugak menawan hati..
PAU KUKUS TRADISIONAL
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)
Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.
Gulai Daging
Daging ni wat makan bekpes dengan pulut kuning..dah lama anak mintak buat .hari ni jer baru ada masa..sepanjang buka sek...rasanya sabtu ni jer yang free..bolehlah wat projek yang patut..
resepi ni rasanya semua orng dah tau..tapi tulis jugaklah...ikut resepi mok saya
Bahan-bahan
- 6 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 inci kunyit hidup*
- 1 inci lengkuas*
- 2 sudu rempah gulai cap bunga rose
- 2 sudu rempah masak cap bunga rose
- 2 sudu besar cili boh
- sedikit gula melaka lbh kurang 2 sudu
- 1 keping asam
- 1/2 kg daging dihiris
- 2 biji ubi kentang potong 4
- garam, gula dan perasa secukupnya
- sedikit bunga lawang, kayu manis, cengkih dan buah pelaga
- 3 cawan santan
- Minyak untuk menumis
Cara membuatnya
Daging diperap seketika bersama bahan kisar, rempah masak dan rempah gulai sehingga mesra.
Tumis bunga lawang, kayu manis, cengkih dan buah pelaga hingga wangi, masukkan cili boh biar seketika hingga cili masak.
Masukkan perapan daging dan gula melaka, biar hingga daging empuk dengan api sederhana kecil.
Setelah empuk masukkan santan bersama ubi kentang dan asam.
Menurut mak saya kalau masak gulai hendaklah renehkan dengan api yang kecil..makin lama dimasak makin power lah..kkemudian masukkan garam, gula dan perasa secukupnya..bila terbit minyak tu...dah masaklah tu.