Followers

Sukan Tahunan Sekolah di Stadium UMS



ini antara acara2 akhir pada hari penutupan Majlis Sukan Tahunan Sekolah..yang kat atas tu guru2 ngan ibubapa ikut acara 4 x 100m terbuka..seronok tengok diorang lari...amat menghiburkan



Ini pulak pertandingan pompom girl ikut rumah sukan ...kat sek saya ada 8 buah rumah sukan memang meriah...


Perbarisan rumah sukan ikut rumah dan unit beruniform..sporting betul budak2 ni...kat atas tu rumah sukan biru muda dan maroon,


Perarakan perbarisan..yang kat atas tu rumah sukan oren, kuning, biru tua dan purple. berwarna warni kan!! tapi kalau yang sanggup ikut perbarisan ni cuma tingkatan 1 jer..budak2 besar tak mau dah panas alasannyer...apa2pun syukur cuaca semalam tak panas sangat..just nice la


Gambar kat atas ni perbarisan unit2 beruniform sekolah..semuanya bersemangat!!

Kat atas ni pulak kumpulan kompang .... beria2 mintak ambik gambar, yang dibawahnya pulak kumpulan kebudayaan sekolah mempersembahkan tarian tradisional dengan berpakaian tradisi..kebanyakkan diorang ni pelajar kelas saya



Kat atas ni barisan petugas statistik yang begitu tekun merekod keputusan dan membuat analisis siapa penerima anugerah olahragawan/wati dan lain2 anugerah lagi, tak lupa juga para petugas hadiah, yang pegang botol tu kawan baikku..dan orang yang paling sibuk kemarin kalau ada anugerah untuk guru2 semalam memang dia yang paling layak dapat..syabas kawan2!





Yang ni pulak urusetia sukan..siapa lagi aku ler tu..kena kalungkan pingat bagi pemenang lagi..suka2 hati pengacara majlis jer nak panggil guru yang bagi hadiah..he..he..



Gambar2 ini pula antara orang2 kuat dibelakang tabir yang menjalankan tugas penuh dedikasi



Buat warga sekolahku semua..teruskan berusaha walau dalam apa jua bidang sekalipun...kami warga pendidik akan menyokong sedaya mungkin..tahniah kepada pemenang..usaha lagi bagi yang kalah

Lontong

Asam Rebus Batang Keladi

Kursus Metadologi Pascasiswazah


Ini salah satu slot ceramah yang wajib kami ikut sebagai syarat kemasukan pelajar Sarjana..dah lama tak dengar ceramah tersengguk2 jugalah beberapa kali...sib baik tak kuar air liur basi..he..he..


Kami dua orang ni satu sekolah..sebenarnya 3 orang termasuk yg duk ambik gambar kami ni..tengoklah dah sarat2 pun masih bersemangat nak blajar...ni sumber inspirasi bagi aku jugak ni..


Inilah perpustakaan UMS...salah satu bilik yang terdapat dalam perpustakaan ni..punyalah banyak komputer..tapi korang tengoklah sendiri..tak nampak pelajar pun kan..cam rugi jer pc tu...maybe kebanyakan pelajar dah ada laptop sendiri dan sekarang pun duk dirumah banyak sumber ilmu jugak leh dapat..just klik sahaja..tapi hati2 berilmu tanpa guru..sesat jadinya!!

Stim Kerapu

Surprise!!!


Apa perasaan korang..bila balik jer dari kerja dalam keadaan yang amat penat..and then nampak benda ni di atas meja...pasti hilang rasa penat korang...aku lak sampai tersengih2 dibuatnya...

actually itu duit syiling anak2 yg nak kena bank in...maybe keboringan sangat kot my hubby ni pagi2 duk kat rumah sorang2..
apa2 pun kesannya begitu mendalam ...

Minggu Ketiga Persekolahan

Pejam celik...dah masuk minggu ketiga persekolahan...tapi macam dah 3 bulan persekolahan..setiap hari sibuk menyiapkan kerja sekolah dari jam 7 hingga lah ke petang dan kerap jugalah sampai malam...di rumah meja makan menjadi tempat rutin aku lepak..sebab meja makan besar..so muat untuk letak laptop..kerja pengurusan sekolah..kerja rumah budak2 tersayang..tapi terus hilang letih bila dapat berborak ngan budak2 sek..dan kerja rumah anak2...maka..makan bersila ler jawabnyer..

Minggu ini juga bermulalah diari 'tiada cuti rehat' untukku...hari sabtu dan ahad sudah mula kuliah..dari pukul 8pg hinggalah 5 petang...cabaran yang berat untuk ditempuhi pada tahun ini...semua diari kebiasaan berubah sepenuhnya...teringatlah pulak zaman belajar dulu2..tapi dulu2 taklah sehebat sekarang dulu bujang sekarang dah beranak 3...

Jadi..perkara pertama yang aku buat dapatkan restu suami..sebenarnya dia yang mendesak aku belajar....dan dia dah buktikan dalam 2 minggu ni dengan memberi sokongan yang penuh..tadi juga telefon mok kat kampung mintak doakan berjaya habiskan pembelajaran ini dengan cemerlang..sebenarnya ini rutin aku dari sek rendah hinggalah masuk 'u'..mesti tel ibu kalau nak exam or jawab exam untuk paper yg susah..alhamdulilah setiap kali aku peperiksaan aku diberi ketenangan untuk menjawab dan tak pernah kandas... inilah berkat doa seorang ibu...jadi kawan2 jangan sesekali doakan atau ucapkanperkara yang tidak baik untuk anak2..kalau dalam keadaan marah sekalipun cubalah cari jalan dengan menyebut perkara yang baik2 sahaja...

Kawan2, doakan saya juga yer supaya kuatkan semangat..kuatkan hati untuk habiskan belajar ni dengan sebaik2nya...

Buah Tarap


Buah ni rasanya ada kat Sabah dan Sarawak jer....dulu2 masa mengajar kat Miri pun ada..ala teringat zaman dulu2 lak..sweet memory kat Bekenu, Miri..semua orang ramah2 belaka..

Buah tarap mempunyai bau yang kuat..kebanyakan orang semenanjung kat sini yang pernah aku jumpa tak suka sangat buah ni..tapi tak tau lah aku ni..semua nak dicuba..sedap dimakan begitu sahaja ataupun dibuat cekodok..buah ni pemberian ayah kawan yang tinggal kat Tenom.

Rasa buah ni manis tapi tak lah macam manis durian...tapi dia punya bau kuat cam durianlah, cara nak bukak buah ni guna tangan je coz kulitnya lembut aje..ok layan jer lah ye!!



Sayur lemak Kulit Rambai


Lepas makan buah rambai yang sedap tu..kulitnya jangan dibuang..teramatlah sedap kalau dibuat sayur lemak apalagi dicampur dengan sotong/ikan rebus..meletup rasanyer...

Bahan-bahan
  • Kulit rambai ikut suka banyak mana (rebus sehingga lembik dan perahkan jusnya..kalau tak masam gilerlah jadinya)
  • Kacang panjang dihiris (optional)
  • Petai(optional)
  • 3 cawan santan
  • sebiji cili merah dihiris
  • sebiji bawang besar hiris memanjang
  • 2 ekor ikan selayang(rebus bersama asam keping dan garam kemudian kisar isinya)
  • Garam gula dan pak aji
Cara-cara
Masukkan semua sekali dalam periuk...bila mendidih perasakan garam dan gula serta pak aji...kalau nak masukkan air rebusan ikan pun sedap juga...dah siap.

Daging masak hitam manis

Harith haikal menempuh alam baru


Pejam celik dah besar anakku ni....harap-harap akan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat..
Minggu yang sangat sibuk bagi saya sekarang..cam semua diari hidup berubah sepenuhnya..nak upload bahan pun tak sempat lagi..

Anak sulung dah naik darjah 1..kesian tengok dia sampai tertidur dalam kereta waktu nak pergi sekolah..letih agaknya..yalah pagi kul 7 pergi sekolah agama sampai kul 10.15..dan bersiap2 pulak pergi sekolah rendah kul 12.00..balik kul 6 lebih..mandi2 terus tidur..kesian betul!

Tapi yang paling best pengorbanan my hubby yg sanggup tukar kerja pergi petang semata2 nak jaga anaknya..pagi2 hantar anak 2 orang pergi sek..lepas tu ambik anak dan siapkan dia dan hantar pergi sek dan kerja..memang abah mithali..

Aku pulak kul 4 pagi dah bangun ..siapkan makan pagi dan lunch terus untuk diorang..balik sek..gosok baju..kemas rumah..dan siapkan bahan2 nak masak esok hari..penat tapi berbaloi bila diorang habiskan masakan yang saya masak.tapi yang lecehnya tiap2 hari pikir apa nak masak.mujur ada kawan-kawan blog yang ada macam2 resepi yang boleh bagi idea untuk masak..yang simple tapi sedaap..thanks kengkawan yer..

Cuma sekarang duk pikir larat ke nak sambung belajar lagi..tawaran dah ada..cuma tak tau dapat urus masa dengan baik atau ak..tahun ni memang tahun yang mencabar dari segi mental dan fizikal..tapi bersyukur sangat2 kerana my laling sentiasa ada dibelakang memberi sokongan...


Rojak Ayam

Teringin betul nak makan rojak ni..kat sini ada jugak tapi banyak mee dari bahan lain..kadang2 mee jer..tak puas nak makan..cari2 resepi terjumpa kat blog mat Gebu..nampak sedap..tapi saya dah ubah suai ikut selera sendiri sori yer Mat Gebu..cuma resepi tepung cucur saya tiru bulat2..


BAHAN-BAHAN KUAH :-)

  • 3 sudu besar cili boh
  • 40 g kacang tanah, goreng dan kisar halus
  • 3 keping biskut tawar, kisar halus (saya guna biskut cream cracker yang bergula je sbb itu jer ada kat umah)
  • 3 camca besar gula melaka
  • 6 - 7 cawan stok ayam (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
  • 1 inci halia
  • sedikit lengkuas
  • sekeping asam

BAHAN-BAHAN TEPUNG (CUCUR) :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 camca besar (rata) yeast segera
  • 3 camca teh gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit@pewarna kuning
  • Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
  • Timun, dihiris
  • Sengkuang, dihiris
  • Tauhu, goreng dan dihiris( x letak..tak de stok)
  • Telur, rebus, goreng dan belah
  • Tempe, goreng dan potong
  • Kentang, rebus empuk, goreng dan belah
  • Salad, dikerat2
  • Ayam goreng(rebus sehingga empuk,gaul bersama kicap manis dan sos tiram kemudian goreng pastu stok rebusan tadi digunakan untuk wat kuah)
  • Mee kuning, dicelur (optional)
  • Kangkung, dicelur (optional)
  • Taugeh, dicelur (optional)

CARA MEMBUATNYA :

UNTUK TEPUNG (CUCUR)
Satukan semua bahan2 cucur, kecuali air, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Seperti bancuhan cekodok. Perap 1 jam, kemudian goreng seperti cekodok biasa dalam minyak panas, hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Buat hingga siap.

UNTUK KUAH
Kisar bahan yang bertanda (
*) hingga halus. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis cili boh hingga garing dan masukkan bahan kisar tadi hingga naik bau, masukkan stok ayam dan biar mendidih. Tambah kacang kisar, biskut kisar, asam keping dan gula melaka. Kacau rata dan parasakan dengan garam secukupnya. Tambah sedikit lagi gula pasir, sebab kuah rojak ni memang manis2 pedas.. Masak hingga pekat sedikit. Matikan api.

Hidangkan kuah tadi dengan semua bahan2 lain.

Kerabu Sotong


Nak perabihkan stok sotong yang ada 2,3 ekor tu...bunga kantan pun masih ada..maka terbuatlah kerabu ni

Bahan2
  • Beberapa ekor sotong hiris dan rebus sekejap
  • 2 batang serai dihiris nipis
  • 5 -10 biji cili padi dihiris
  • bunga kantan dihiris nipis
  • 3 ulas bawang merah dimayang halus
  • 3 sudu besar air limau nipis
  • garam dan gula
  • Timun dipotong dadu
  • Tomato dipotong dadu
Caranya

Satukan semua sekali..dah siap.

Ikan Tumis Berkuah


Ala..tak clear lak gambar ni...takpe lah layan jer...dah abis pun lauk ni hubby makan..ni resepinye

Bahan2
  • 1 bii bawang besar dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 2 sudu cili boh
  • 4 ekor ikan apa2 je (saya buat ikan sardin)
  • 1 biji bawang besar di mayang
  • 2 sudu besar air asam jawa pekat
  • garam,gula dan perasa.
  • Air secukupnya
Cara membuat

Tumis cil boh hingga garing sedikit, masukkan bawang besar, bawang putihdan air asam jawa..biar seketika hingga naik bau.

Masukkan air untuk dibuat kuah, anggaran 3 cawan..biar hingga mendidih.

Masukkan pula ikan..perasakan garam,gula dan perasa.Hiaskan ngan bawang besar yg dimayang.

Sambutan Tahun Baru 2010 bagi insan bergelar GURU

MEETING.......inilah kami buat pada 31 DISEMBER 2009..yang mana orang lain sedang countdown tahun baru kami kat sini sedang kira perancangan yang perlu dilaksanakan 2010..takpelah..sudah namanya cikgu..mesti ada pengorbanan kan!!!



Apa2pun sempat gak posing..untuk hilangkan lenguh2 badan duk atas kerusi ni..

Nilah muka2 tukang ambik kedatangan guru..cam boring jer yer! Sabor jelah..bukan ke tahun 2010 dah tukar jawatan ker..he..he..
27/12/2009..termeterailah janji sebuah perkahwinan bekas pelajar saya NORHAYATI JAAFAR..tak sangka pulak dah besar2 dah diorang..dan makin bertambah lagi lah usia ku ini...tapi tak sempat tengok dia bersanding...




Actually dia ni kembar..dua2 duk dalam klas yg sama..muka pun sama..dulu masa ngajar diorang ni asyik bertukar jer..tak sempat lak nak snap gambar ngan satu lagi..cbuk sangat duk melayan tetamu...tapi diorang ni memang bagus..dah 5 tahun jadi ex student pun masih contact saya...

Diorang ni dua2 budak cerdik dah lah cerdik baik perangai pulak tu..sejuk perut ibu mengandung

Ku doakan moga berbahagia hendaknya dalam menempuh alam baru..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails