Followers

Ikan Bakar Asam Jawa Ibu Mertuaku


Resepi ni memang sedap...kalau tak caya mesti cuba baru leh komen..actually arwah ibu mertua memang sifu dalam memasak..terutamanya menu tradisional..nasi dagangnya memang takde yang boleh lawan lagi...tapi sayang tak sempat nak berguru..

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kerisi sederhana besar/besar(belah belakang)
  • 3 sudu besar cili boh*
  • 2 sudu besar asam jawa ngan biji2nyer sekali*
  • sedikit kunyit serbuk(kasi warna cantik jer*
* Gaul sebati sehingga jadi pes

Cara-cara

Pes di lumur pada keseluruhan ikan termasuk di ruangan perut dan bahagian belakang yang dibelah.(x payah letak garam/perasa sebab asam jawa dah masin)

then, bakar sampai masak.senang jer kan.

Ikan Singgang Asam Pedas My Mom


Saya kalau balik kg jer dari mula2 masuk asrama (form 1) mesti mak akan masak lauk ni..dan seperti biasa saya akan habiskan lauk ni sampai kuahnyer pun dihirup..slurp..sedapnye air tangan mak...rindunyer....ok layan resepi ni

Bahan kisar
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1inci kunyit hidup
Bahan lain
  • 3 ekor ikan kerisi
  • 2 keping asam keping
  • beberapa helai daun kesum
  • 2 sudu besar cili boh/cili kering kisar.
  • air secukupnya
  • Garam dan gula serta sedikit aji
Cara memasak

Didihkan air dan campakkan semua bahan kisar dan bahan lain.Renehkan seketika.

Perasakan garam,gula dan aji. sedia dihidang..mudah jer kan.

Dark Chocolate Banana Bread Pudding


Ni resepi intai kat umah Kak Jun..saya copy yer ..

Bahan-bahan
10 keping roti-potong kiub kecil
4 biji telur
1 2/3 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh serbuk cinnamon
1/4 cawan choc chip
2/3 cawan raisins
2 biji pisang-potong kiub kecil

campurkan pisang n roti kedalam mangkuk.
campurkan bahan2 lain dalam mangkuk lain, rata n tuang kedalam mangkuk berisi roti+pisang tadi, biarkan terendam selama 15-20 min.
masukkan kedalam loyang yg bergris n bakar/kukus hingga masak...(akak kukus jek selama 30 min).

Ikan Tongkol Masak Kicap


Resepi ni jenguk kat dapur HaSue yang diambil dari Makyong...thanks saya copy yer..

Bahan-bahan
  • >>Bahan untuk rebus
  • Ikan tongkol
  • asam keping
  • lengkuas
  • garam
  • manisan/gula melaka
  • >> Bahan untuk goreng kicap
  • bawang besar-hiris
  • bawang putih- hiris
  • cili padi- hiris
  • kacang panjang
  • kicap
  • sos tiram
Cara-cara
Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak siket air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan
Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Aiskrim Coklat




Resepi ni dapat dari Mat Gebu..tapi cik mat wat aiskrim kacang ..saya tukar wat aiskrim coklat dan buat dua kali ganda resepi Cik Mat..rasanyer memang sedap dan mudah untuk buat..saya copy balik untuk rujukan saya..thanks Mat Gebu..

Bahan-bahan ( 7 - 8 orang )

  • 270 g coffemate (creamer tepung) [saya guna yang besar ada fre 50g maknanyer 500g ler]
  • 500 ml susu segar[saya wat satu litersusu segar perisa coklat]
  • 100 g gula halus (gula kastor)[saya doublekan dan blande gula kasar jer]
  • 1 tin kacang merah dalam tin[x letak sebab wat perisa coklat,lagipun anak x suka]

Cara-cara

Bancuh coffemate, gula halus dan susu segar. Kacau dgn wisk hingga semua larut dan sebati. Simpan dalam peti sejuk (bahagian beku) 4 - 5 jam (sehingga 3/4 beku).

Toskan kacang merah, lecek hingga hancur dan ketepikan. Keluarkan adunan ais krim dan masukkan ke dalam mixing bowl. Putar dgn kelajuan tinggi 10 minit hingga pekat dan gebu.

Perlahankan speed. Masukkan kacang merah lecek dan putar 1 - 2 minit hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas plastik (seperti tupperware) dan dingin beku sekurang2nya 8 jam atau semalaman.

Crispy Popia versi Kak Yah



Resepi ni kakak saya yang buat time raya dulu..sebab tu ada namanya..memang sedap dan paling senang nak buat..cubalah..boleh juga tukar dia punya topping pedas atau lain2 lagi...

Bahan-bahan
  • 1 bungkus kulit Popia
  • sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gula halus secukupnya

Cara-cara

Gulung kulit popia dan tutup dipenghujung gulungan dengan telur

Kemudian potong ikut citarasa.

Goreng dalam minyak yang banyak.

Tabur gula halus biar rata..siap untuk dikudap..

Telur Dadar Parsi


Resepi ni dapat dari Mama Hawa..memang bestlah..saya copy yer mama untuk rujukan

Ingredients


1) Telur (4 biji)
2) Kentang saiz sederhana - dihiris nipis (1 biji)
3) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 sudu besar) - mama letak daun sop & bawang
4) Bawang besar - dicincang kasar (1/2 biji)
5) Cili hijau - dicincang halus (1 biji)
6) Minyak sapi (1 sudu besar) - mama gunakan minyak masak
7) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
8) Serbuk lada putih (1/4 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

Directions


Mula-mula, campurkan telur bersama dengan bawang dan daun ketumbar, cili hijau, garam, jintan putih serta serbuk lada putih.

Kacau rata bahan-bahan tersebut sehinggalah telur kembang. Apabila telah cukup kembang, ketepikan seketika.

Kemudian cairkan minyak sapi dan goreng semua hirisan kentang tersebut sehingga empuk. Apabila garing, ketepikan dan sejatkan minyaknya.

Cairkan lagi sedikit minyak sapi dan kemudian curahkan adunan telur tadi.

Masak di atas api yang kecil supaya bahagian bawah telur tidak mudah hangus.

Apabila telur telah separuh masak, aturkan hirisan kentang goreng tadi di atasnya.

Aturkan kentang tersebut hingga tersusun penuh pada sebelah bahagian.

Kemudian, lipatkan bahagian tanpa kentang tersebut ke bahagian yang sebelah lagi hingga telur tersebut menjadi separuh bulat.

Terbalikkan dan biar beberapa ketika lagi supaya telur tersebut melekat di kedua-dua belah bahagian dan tidak mudah hancur apabila diangkat.

Telur dadar ala parsi sedia untuk dihidang. Selamat memasak!

Tomyam Seafood

Tomyam memang sedap dimakan time takde selera..rasa masam dan pedasnyer memang menyelerakan..kalau saya mesti combine ngan telur dadar dan cendawan goreng.klau makan kat luar pun memang order set macam ni lah....so layan resepi ni..

Bahan Tumis
  • 4 ulas bwang putih diketuk
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 inci lengkuas hiris kasar
  • 1 biji tomato cincang
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan anda)
  • 2 batang serai dititik/dihiris kasar
  • 1/2 paket pes tomyam (sya suka guna adabi)
Bahan-bahan lain
  • sebiji bawang besar dihiris memanjang
  • Bunga kubis di potong
  • Putik Jagung di potong
  • Tomato belah 4
  • Udang dan sotong (direbus telebih dahulu untuk mengelakkan kuah menjadi manis)
  • Ikan Tenggiri dipotong kiub kasar
  • 2/3 keping Asam keping
  • 3 helai daun limau purut (lupa nak letak)
  • Garam,gula dan sedikit perasa
  • Air secukupnya,
Cara membuatnya

Tumis bahan tumis dengan sedikit sahaja minyak sehingga wangi. (kalau x nak tumis pun takpe, campak je terus dalam air yang mendidih)

Masukkan air secukupnya dan asam keping.

Bila mendidih masukkan kesemua bahan dan perasakan..jangan masak terlalu lama, nanti sayuran lembik dan sotong menjadi keras.

Sedia dihidang.

Cendawan Masak Sos Tiram


Bahan-bahan
  • 1 tin cendawan butang belah 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji cili merah dihiris
  • sedikit air
  • 1/2 biji bawang besar dihiris
Cara-cara

Tumis bawang besar dan masukkan cendawan serta cili merah..tambahkan sedikit air.

kemudian masukkan sos tiram biarkan seketika dan angkat.( x payah letak garam..sos tiram tu dah complete dia punya rasa)

Laksa Johor


Resepi ni diambil dari dapur Kak Am..rasanya memang sedap..dan nilah first time saya makan laksa Johor tp tak buat sambal belacan..stok belacan dah habis..
Bahan2 :
1 pkt laksa/1 kotk spageti (direbus hingga lembut & titiskan sikit minyak)
1kg ikan kembong/tenggiri /parang
(ikan direbus kejap & diambil isinya & diblender, air rebusan diambil juga)
(kalau nak lagi sedap blh tambah sedikit isi udang juga direbus & diblender)
1 biji kelapa (ambil santannya)
4-5 kpg asam gelugor/asam keping
sedikit garam & minyak (utk. tumis)

3sb kerisik & 2sb rempah kari ikan

Bahan Diblender(*)
10-15 tgkai lada kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 btg serai
1" lengkuas, 1" halia & 1/2" kunyit

Bahan Hiasan
2 biji timun
(timun dimayang halus, senang guna alat sagat)
4 tgkai daun kesum (dimayang halus)
4 tgkai daun selasih (dimayang halus)
5 biji limau kasturi (dibelah dua)
sedikit taugeh
1 biji bawang besar (dimayang halus)

Sambal Belacan
5-6 biji cili merah + 3-4 biji cili padi
(kalau suka pedas blh tambah)
2-3" belacan
(belacan dibakar/goreng dulu dgn sedikit minyak)
*semua bahan diatas dblender/tumbuk

Caranya
Tumis bahan2 yg diblender(*) dgn sedikit minyak, masukkan rempah kari (dibancuh dgn sedikit air dulu) dan biar garing. masukan kerisik, isi ikan bersama airnya dan juga santan. masukan pula asam gelugor & garam. Biar hingga mendidih dan sambil dikacau. Bila dah rasa garamnya tutup api dan siap.

Hidangan
Laksa dihidang dgn hirisan timun, sedikit hirisan daun kesum & daun selasih, taugeh, & hirisan bawang. Masukkan kuah laksa dan diperah limau kasturi dan digaul rata dgn sedikit sambal belacan. Siap boleh makan..!
(ada juga yg suka letak lobak asin yg hancur)

Pau inti kelapa/sardin

Resepi ni ambik kat photopages Rinn tapi saya wat tak jadi sangat sebab tak perap..nak cepat punya pasal..saya copy resepi untuk rujukan

PAU KUKUS TRADISIONAL
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)


Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.

Bihun Goreng

Kuih Donut Lagi...


Sorilah..up lagi donut..nak wat camana atas permintaan anak buatlah lagi...siap wat yg instant jgk..lagipun mama dia pun tgh gila wat donut..amacam gebu tak..cam pipi tuannyer kan!Resepi ni hasil menjenguk resepi kak Am yang diambil dari Kak Lela dan saya copy lak kat sini untuk rujukan sendiri.


DONAT LEMBUT & GEBU
BAHAN
1/2 kilo tepung gandum
3/4 cawan susu suam
2 biji kuning telur
1 sudu besar yis (mauripan)
4 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin
3 biji ubi kentang (rebus, kemudian lenyek)
Cara-cara:
1.Tepung gandum digaul dengan marjerin dan kentang sehingga sebati
2.Telur dipukul sedikit & dicampur dengan susu berserta yis
3.Campurkan ke dalam tepung gandum tadi dan uli sehingga menjadi doh
4.Biarkan doh tadi naik 2 kali ganda
5.Kemudian tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bentukkan doh anda mengikut citarasa masing-masing6.Panaskan minyak dan goreng keemasan..hidang dengan topping kegemaran..

Ikan Masak Masam Manis

Popia Goreng

Buah Mangga


Laksa Penang

Pulut Kuning dengan Kari Ayam


Pulut kuning ni kadang2 mok saya panggil nasi kunyit...ni menu bfest pagi tadi..sila2 lah yer


Cili jeruk


Cili jeruk ni sedap dimakan dengan mee/mihun/kuetiaw goreng or mee rebus atau ape2 je lah..ngan bubur nasi pun sedap...yang ni masih fresh lagi 2, hari baru sedap.

Ayam Phat Phet


Resepi ni hasil menjenguk Cik Ani Punya resepi yang diambil dari Myresepi...memang sedap dan mudah untuk buat...

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.

Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.

Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

Salam Maal Hijrah..

Alhamdulillah Maal Hijrah yang datang memberi satu ketenangan yang tak dapatku gambarkan. Semangatku dan keazamanku makin membara untuk membuat yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya...keinginanku untuk berubah juga makin kuat..Alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberi kesempatan kepadaku untuk berhijrah...

Azamku tahun ni
Menjadi hambaMu yang lebih baik..
Menjadi isteri yang solehah..
Menjadi anak yang solehah...
Ibu yang solehah...
Menjadi pendidik yang lebih berdedikasi..
Menjadi sahabat yang disenangi...
dan..mengurangkan berat badan yang berlebihan..he..he..

Buah Cempedak

Saje nak tayang buah ni..hubby beli kat Tamu Tuaran...tebal isinya...

Rojak Buah Express

Sayur Lemak Kacang Panjang dengan Petai

Sotong Masak Kunyit bersos Tiram

Sup kaki ayam


Sup lagi....nak wat camana my hubby suka terutama kaki ayam ni..layan jelah..daun sup pun takde..janji sedap..

Sup Ayam dengan Sayur Campur

Jemput-jemput ikan bilis


Disebabkan ikan bilis banyak tul kat rumah ni maka jadilah cekodok ni..

Burung Puyuh Goreng


Puyuh ni saya beli kat Festival di Beaufort hari tu..dah siap perap dah..balik rumah boleh goreng terus..so inilah dia..

Sayur Lemak Nangka Versi Ibuku

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis


Buat nasi lemak ni sebab masa jala-jalan Beaufort hari tu ada beli ikan bilis ...memang sedap ikan bilis nyer yelah beli dgn org yg buat terus...takde timun salad pun boleh lah, petai pun ditambah dalam sambal tu sebab terbeli jugak di sana..

Gulai Telur


Ini salah satu peberet lauk suamiku...

Bahan-bahan
  • sebiji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih)
  • sedikit halia dan kunyit hidup*
  • segenggam ikan bilis*
  • 3 cawan santan
  • 2 sudu cili boh
  • garam, gula dan perasa.
  • 4 biji telur
*dikisar halus

Cara membuatnya

Tumis bahan kisar hingga naik bau dan masukkan cili boh,biar sehingga garing.
Masukkan santan dan perasakan gula,garam dan perasa.
Bila mendidih perlahankan api dan pecahkan telur perlahan-lahan supaya putih telur tidak berderai.(kadang2 saya pecahkan telur dalam air didih berasingan dan barulah dituang kedalam kuah..ni kerje x pro lagi lah)
Biarkan seketika barulah diangkat.


Tips mak saya: Kalau memasak lauk bersantan pastikan lauk tersebut direneh dengan api yang kecil selepas mendidih terlebih dahulu bagi memastikan rempahnye bercampur dengan baik dan menyedapkan lagi masakan..

Keledek goreng tepung


Gara-gara nak perabihkan keledek jadi aku pun gorenglah..sodap makan ni ngam pulak time makan ni hujan turun..pekena lak ngan teh o..

Bahan tepung
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar gandum
  • secubit garam
  • sedikit air kapur
  • air secukupnya
  • 3 biji keledek

Cara membuatnya

Satukan semua bahan di atas kecuali keledek dan bancuh hingga tidak terlalu pekat/cair.
Masukkan keledek yang dihiris kedalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak yang banyak.
Setelah garing angkat dan toskan minyak.Siap...

Kuih Cik Mek Molek


Kuih ni aku buat selepas beli keledek dalam perjalanan pulang ke KK dari Beaufort.Bagus keledek ni tak masuk angin.

Bahan-bahan
  • 3 biji keledek saiz sederhana direbus bersama sedikit garam dan dilecek
  • 1 cawan tepung
  • Gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuat

Gaul sebati keledek dan tepung sehingga menjadi doh.(tambahkan sedikit air jika perlu)
ambil sedikit doh dan leperkan..letakkan sedikit gula dan tutup doh macam dalam gambar.
Goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana.
Bila sudah kuning keemasan angkat dan toskan.Siap untuk dihidang.

Buah Pisang


Buah pisang pun aku upload....ini pisang emas yang dibeli sewaktu perjalanan pulang dari Beaufort iaitu di Pasar Tani Papar..RM2 untuk 2 sikat.

Buah langsat


Beli kat Tamu Tuaran kemarin..saje nak tayang..manis rasanya.

Jalan-jalan ke FESTIVAL BAGANDANG DAN EKSPO PERDAGANGAN BEAUFORT 2009



Pada Sabtu lepas kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Beaufort Sabah ...dan menjengah sekejap ke Festival Bagandang...kami bertolak jam 9.oo pagi dan sampai lebih kurang jam 11.00pg..sebenarnya tak lah sampai 2 jam tapi kami cuma nak bersiar-siar..so pemanduan pun relaks jer la...tengok jelah anak-anak tu..sampai tertidur dibuatnyer..kesian

Bila sampai jer kat sana..perasmian pun dah abis..so kami jenguk2lah gerai-gerai yang ada kat situ...gambar kat bawah ni antara gerai yang ada kat festival tu...

Ini pulak peserta yang ikut bertanding bermain alatan tradisional...
Cuaca memang panas..tengok je lah muka kami yang dah penat ni...nak membeli pun tak de mood dah...
Ini pulak pertandingan Ayam Serama, sayur dan buah-buahan..tp kami tak sempat tengok yang buah2 tu..diorang dah habis nilai dah..
Poss aku ngan anak2 yang puas berjalan...tp my hubby punyalah susah diajak bergambar...itu yang gambar kami jer kat sini
On the way pulang..singgah jap tempat org jual ikan bilis dan keledek...borong sikit jer 1kilo=rm16 ader jgk rm 12...utk ikan bilis
Singgah kejap kat Papar beli petai ngan ikan puyu(kat Sabah dipanggil ikan Karut)..ingatkan nak goreng...tak pasal2 anak2 nak bela pulak..terpaksa abahnyer beli akuarium yang kecik...hai macam2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails