Followers

Kenangan Hari Guru 2009 bersama kawan-kawan...


Gambar kat atas ni dah lama ...sekitar bulan 5 yang lalu sempena Hari Guru 2009. Sambutan Hari Guru memang ada dibuat diperingkat Sekolah tapi yang ni kami buat peringkat kawan-kawan jer...kononnyer aku ni salah seorang yang terlibat dalam majlis tak formal ni.
Cadangnyer nak buat tukar-tukar hadiah jer..tapi dah berlarutan sampai bawak potluck..seronok juga time ni seingat akula aku buat puding karamel jer..
Orang kuat majlis takde dalam gambar ni sebab dia terpaksa bawak budak untuk satu pertandingan..sebab tulah muka aku jer yang paling banyak dalam gambar ni..tulung bagi hadiah...hadiah yang aku dapat memang best 1 produk tupperware yang besar sebab yang dapat nama aku ni memang salah sorang penjual sambilan tupperware.Banyak lagi gambar yang aku ambik tapi yang ni jer elok maklumlah hari tu takde sorang punbawak kamera..aku pun guna handphone jer.
Ader kisah lucu jugak di sebalik majlis ni...orang kuat majlis yang tak datang bawak potluck bubur pulut hitam dan sayur campur....nak dijadikan cerita bila time balik sekolah sayur campur tu banyak tak habis..mula2 tu kami nak tolong buang dan bersihkan tapi sayang la pulak sebab sayur tu masih elok lagi...so kami tak jadilah membuangnyer dan kami fikir nanti tentu anakyer akan ambik bawak balik(anaknyer ada belajar kat sek kami), rupa2nyer dia dah pesan dengan kawan aku utk kemaskan bekas dia ni tapi dia tak dengar..apa lagi keesokkanya berbau satu bilik guru...kami satu geng terpaksa tahan telinga kena lecture..hinggakan mimpi ngeri jugaklah nak buat potluck lagi.
Apapun kakak yng kusayang tu marahnyer sekejap jer..petang tu dah gelak2....
Kenangan ini sangat berharga dan ucapan terima kasih kuucapkan juga buat pelajar yang memberi hadiah padaku...kebetulan la pulak birthday aku sama ngan tarikh hari guru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails