Followers

Tomyam Seafood

Tomyam memang sedap dimakan time takde selera..rasa masam dan pedasnyer memang menyelerakan..kalau saya mesti combine ngan telur dadar dan cendawan goreng.klau makan kat luar pun memang order set macam ni lah....so layan resepi ni..

Bahan Tumis
  • 4 ulas bwang putih diketuk
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 inci lengkuas hiris kasar
  • 1 biji tomato cincang
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan anda)
  • 2 batang serai dititik/dihiris kasar
  • 1/2 paket pes tomyam (sya suka guna adabi)
Bahan-bahan lain
  • sebiji bawang besar dihiris memanjang
  • Bunga kubis di potong
  • Putik Jagung di potong
  • Tomato belah 4
  • Udang dan sotong (direbus telebih dahulu untuk mengelakkan kuah menjadi manis)
  • Ikan Tenggiri dipotong kiub kasar
  • 2/3 keping Asam keping
  • 3 helai daun limau purut (lupa nak letak)
  • Garam,gula dan sedikit perasa
  • Air secukupnya,
Cara membuatnya

Tumis bahan tumis dengan sedikit sahaja minyak sehingga wangi. (kalau x nak tumis pun takpe, campak je terus dalam air yang mendidih)

Masukkan air secukupnya dan asam keping.

Bila mendidih masukkan kesemua bahan dan perasakan..jangan masak terlalu lama, nanti sayuran lembik dan sotong menjadi keras.

Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails