Followers

Minggu Ketiga Persekolahan

Pejam celik...dah masuk minggu ketiga persekolahan...tapi macam dah 3 bulan persekolahan..setiap hari sibuk menyiapkan kerja sekolah dari jam 7 hingga lah ke petang dan kerap jugalah sampai malam...di rumah meja makan menjadi tempat rutin aku lepak..sebab meja makan besar..so muat untuk letak laptop..kerja pengurusan sekolah..kerja rumah budak2 tersayang..tapi terus hilang letih bila dapat berborak ngan budak2 sek..dan kerja rumah anak2...maka..makan bersila ler jawabnyer..

Minggu ini juga bermulalah diari 'tiada cuti rehat' untukku...hari sabtu dan ahad sudah mula kuliah..dari pukul 8pg hinggalah 5 petang...cabaran yang berat untuk ditempuhi pada tahun ini...semua diari kebiasaan berubah sepenuhnya...teringatlah pulak zaman belajar dulu2..tapi dulu2 taklah sehebat sekarang dulu bujang sekarang dah beranak 3...

Jadi..perkara pertama yang aku buat dapatkan restu suami..sebenarnya dia yang mendesak aku belajar....dan dia dah buktikan dalam 2 minggu ni dengan memberi sokongan yang penuh..tadi juga telefon mok kat kampung mintak doakan berjaya habiskan pembelajaran ini dengan cemerlang..sebenarnya ini rutin aku dari sek rendah hinggalah masuk 'u'..mesti tel ibu kalau nak exam or jawab exam untuk paper yg susah..alhamdulilah setiap kali aku peperiksaan aku diberi ketenangan untuk menjawab dan tak pernah kandas... inilah berkat doa seorang ibu...jadi kawan2 jangan sesekali doakan atau ucapkanperkara yang tidak baik untuk anak2..kalau dalam keadaan marah sekalipun cubalah cari jalan dengan menyebut perkara yang baik2 sahaja...

Kawan2, doakan saya juga yer supaya kuatkan semangat..kuatkan hati untuk habiskan belajar ni dengan sebaik2nya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails