Followers

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU..

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..dalam sungguh impian dan harapan yang diharap dari insan bergelar guru...
Hampir sedekad bergelar guru..banyak pengalaman yang kukutip tiap waktu..dan kujadikan pengajaran untuk hidupku..
antara pengalaman paling manis waktu teacher's day last year...satu kelas berbaris kat bilik guru nyanyikan lagu besday untukku...terharu betul time tu..malu pun ada..thanks pelajar 5 inovatif 09..
Terima kasih juga buat anak didik dan bekas pelajar2 ku kerana tak putus2 menghantar sms dan ucapan di facebook sempena besdayku hari ni dan juga ucapan hari guru....
Teringat pengalaman pertama menjadi guru time tu kat sarawak bujang lagi tu
Ni cerita masa mula2 posting ke sarawak..bila kami diberi taklimat di Kuching aku diberi tempat untuk bertugas di kawasan Miri yg mana kena naik flight lagi..time tu pestime pergi sarawak..nama sekolah tu SMK Luar Bandar Miri..apa yang korang pikir bila dengar nama sek tu..gerun jugak kan? bila check list aku sorang je ditempatkan di sekolah tu yang lain semua ada kawan 1 sek..kaget dibuatnya terus bertanya dgn pegawai..dgn konpiden nya dia cakap nanti di Miri akan jumpa yang lain..sampai di airport Miri kawan2 lain bergerak ke destinasi masing2 sebab ada kawan 1 sek..aku tak tahu nk pergi kat mana dengan apa... terus menangis sorang2 di airport..last2 call tunang(laki aku skrg kat sabah time tu) dia ckp pg Jabatan Pelajaran mintak tolong hantarkan..dengan perasaan takut aku ambik teksi pergi JPN tapi dengan hampa mereka layan acuh tak acuh dan suruh call pengetua datang ambik
aku tel pengetua rupanya dia pun baru 1st day posting jugak..so tak tahu jalan jugak..time tu dah jam 3 pm..terus pg airport balik call lagi tunang..last2 dia cdgkan terbang pg Kuching balik tido rumah kawannya akhirnya keluarkan duit sendiri beli tiket dan duk di Kuching 2 hari..(time tu mana lagi ada airasia..dah lah belum bergaji habis cam tu je duit yg mak bagi)
kmdn aku bertekad pergi jugak sek tu.. dalam penerbangan ke Miri aku duduk bersebelahan sorang pakcik yg ramah btul baru balik dari KL tempat anaknya bertugas.. mesra tul pakcik tu..macam2 ceritanya..buat hatiku sedikit lega.. sampai di airport pakcik tu x sedap hati biarkan aku pergi sendiri..last2 dia hantarkan aku ke stesen bas..byk betul pesanan dia..sayang pakcik!! tapi dia tetap tak sedap hati last2 dia ckp biar dia temankan aku sampai kat sek tu..last2 kami naik teksi.. kalau dilihat persekitaran perjalanan tu (time 2 la..x tau skrg) sekitarnya hutan belantara (cam hutan simpan) dan ambik masa 1jam setengah nk sampai..bila pikir balik kalaulah aku terus je pergi hari tu..syukur alhamdulillah
akhirnya aku sampai di sek tu..dan pakcik tu balik dengan teksi yg sama(moga pakcik diberi kehidupan yang gembira)
Time tu rumah guru dah penuh..kena tinggal kat Bekenu..ambik masa 1jam kalau naik bas sekolah..aku menyewa di Bekenu..tuan rumah duk kat bawah kami menyewa kat atas.. baik sungguh makcik tuan rumah(mak Dara) dan pakcik (pak Bujang)..time tu keja sebelah petang..macam tiap2 hari makcik tu hantar makanan kat aku time tu aku petang dan sorang lagi housemate(kak Na)manalah yer sekarang bekerja sebelah pagi..
Jiran2 pun baik sangat..suasana pun bersih dan cantik..kawan2 disana pun baik2 daripada kerani hinggalah guru sandaran..kalau pergi kat Tamu(pasar) macam2 yang ada..tapi yang segannyer bila dia tahu jer cikgu mesti bagi free padahal mereka bukan dari kalangan yang berada.. byk lagi kenangan nantila next entry yer..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails