Followers

Kuih Bom Inti Ikan

Bahan bahan doh
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil air kapur
  • secubit garam
  • Air secukupnya
Cara-cara
Campurkan semua sekali kecuali air
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
Ambik sedikit doh leperkan dan letakkan inti kemudian bulat-bulatkan.
Supaya tak meletup..terus menggoreng sebaik sahaja dibulat2kan.
Masak diatas api yang sederhana kecil dan sentiasa balikkan kuih sehingga masak..insyaAllah tak meletup.

Bahan-bahan inti ikan

  • Isi ikan yang direbus/dipanggang kemudian ditumbuk(sedap guna ikan selayang/sardin)
  • 2 cawan santan sederhana pekat(saya guna santan kotak je)
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
  • 2 cm hali dihiris halus
  • 1 sudu kecil halba(tak letak pun takpe tp kalau letak aromanya wangi)
  • Garam, gula dan perasa.

Cara-cara
Campurkan semua sekali bahan dalam kuali dan goreng atas api sederhana sehingga kering.
Hati-hati letakkan garam supaya tidak terover masin.
dah siap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails