Followers

Nasi dagang


Bahan-bahan Nasi
  • 3 cawan beras wangi/beras siam
  • 1 cawan beras pulut
  • 7 ulas bawang merah dihiris halus
  • 4 cm halia dihiris memanjang
  • 1 cawan santan pekat(perah santan menggunakan air yang telah dimasak)
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1sudu garam
  • 2 sudu halba
Cara memasak nasi.
Rendamkan beras dan beras pulut sekurang-kurangnya 4 jam(sebaiknya rendam pada waktu malam besoknye baru dimasak nasi)

Bawang merah, halia,garam dan halba dibahagi dua dan dicampur 1 bahagian kedalam santan cai dan sebahagian lagi pada santan pekat.

Kukus beras dengan air sehingga keluar wap.

Angkat dan keluarkan kedalam bekas besar supaya senang nak digaul dengan santan cair.(curahkan santan sekaligus keatas nasi barulah digaul dengan menggunakan sudip kayu supaya beras tidak hancur..ni mak yang bagitau)

Kukus sekali lagi dan tunggu sehingga keluar wap barulah diangkat.

Kemudian gaulkan pula dengan santan pekat hingga sebati.

Siap untuk dimakan.
Bahan-bahan gulai nasi dagang
  • Seekor ikan tongkol (untuk lebih sedap gunakan ikan tongkol yang besar)
  • 3 keping asam keping
  • 1 sudu garam
  • 5 ulas bawang merah dikisar(bancuh ngan air)
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 2cm halia kisar
  • 2 cm kunyit hidup dikisar
  • 2cm lengkuas dikisar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 sudu besar rempah masak cap bunga rose(campur ngan sedikit air)
  • 1 sudu besar rempah gulai cap bunga rose(campur ngan sedikit air)
  • beberapa biji buah belimbing buluh(kalau takde guna 3 keping asam keping)
  • Segenggam cili padi
  • Garam dan gula
  • 1/2 cawan minyak
Cara-cara memasak gulai nasi dagang

Ikan direbus bersama garam dan asam keping hingga masak.

Tumiskan cili boh hingga terbit minyak kemudian masukkan bahan kisar hingga garing.

Masukkan pula rempah masak dan rempah gulai

Kemudian masukkan santan pekat dan santan cair bersama-sama kepala ikan tongkol sahaja(masak hingga kepala ikan tongkol tu hancur..best sangat..masak dengan api sederhana)

Masukkan belimbing buluh, cili padi,garam dan gula serta sedikit perasa.
(masakkan lama sedikit dengan api kecil dan bolehlah masukkan isi ikan tongkol)


Enak dimakan dengan acar mentah

Bahan-bahan acar
  • Sebiji timun dibuang biji dan hiris memanjang
  • 1/2 biji carrot dihiris memanjang
  • 1 biji lada merah dihiri memanjang
  • 2 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 sudu cuka
  • 1 1/2 sudu gula
  • secubit garam
Cara membuat acar
  1. Gaul jer kesemua sekali dan boleh dihidang
Sedikit tips yang saya tau la
* Ikan tongkol haruslah dihiris tebal supaya tidak hancur.
*Boleh juga gunakan rempah nasi dagang terus...kalau susah nak jumpa rempah nasi dagang atau rempah cap bunga rose..kat Sabah memang takde..boleh juga campurkan rempah kari dengan serbuk ketumbar,serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails