Followers

Nasi Tomato

  • 2 cawan beras
  • 3 cawan air
  • Sebiji tomato ranum (belah 4)
  • 1/3 tin susu cair
  • 3 sudu besar tomato puree
  • Kismis(hiasan)
  • Bawang goreng(hiasan)
  • Secubit garam
Bahan menumis
  • 2 sudu besar marjerin untuk menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Sehelai daun pandan (simpulkan)
Cara-cara


Panaskan marjerin dan tumis rempah bersama daun pandan sehingga wangi.
Masukkan buah tomato, tomato puree,susu cair, garam dan air, tunggu sehingga mendidih.
Masukkan beras dan tunggu sehingga masak.
Selepas masak bolehlah taburkan kismis dan bawang goreng.

Ayam Masak Merah



Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang merah(kisar)
  • 2 ulas bawang putih(kisar)
  • 1 labu bawang besar(kisar)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 2 sudu besar cili boh/cili kering
  • 1 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 biji tomato(belah 4)
  • 1 biji lada benggala(potong memanjang/ikut suka la)
  • Minyak untuk menumis
  • 1 cawan air(secukupnya)
  • Garam dan gula secukupnya
Cara-cara

Tumiskan cili boh/cili kering sehingga keluar minyak dan masukkan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sos cili dan sos tomato dan masukkan ayam.Masukkan air jika bahan tumisan kering dan biarkan sehingga ayam masak.Perasakan garam dan gula.
Apabila kuah sedikit kering masukkan bawang besar yang dimayang bersama lada benggala dan buah tomato.
Kuah bergantung kepada citarasa anda sekiranya sukakan kering atau sebaliknya.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails