Followers

Minggu yang sangat sibuk bagi saya sekarang..cam semua diari hidup berubah sepenuhnya..nak upload bahan pun tak sempat lagi..

Anak sulung dah naik darjah 1..kesian tengok dia sampai tertidur dalam kereta waktu nak pergi sekolah..letih agaknya..yalah pagi kul 7 pergi sekolah agama sampai kul 10.15..dan bersiap2 pulak pergi sekolah rendah kul 12.00..balik kul 6 lebih..mandi2 terus tidur..kesian betul!

Tapi yang paling best pengorbanan my hubby yg sanggup tukar kerja pergi petang semata2 nak jaga anaknya..pagi2 hantar anak 2 orang pergi sek..lepas tu ambik anak dan siapkan dia dan hantar pergi sek dan kerja..memang abah mithali..

Aku pulak kul 4 pagi dah bangun ..siapkan makan pagi dan lunch terus untuk diorang..balik sek..gosok baju..kemas rumah..dan siapkan bahan2 nak masak esok hari..penat tapi berbaloi bila diorang habiskan masakan yang saya masak.tapi yang lecehnya tiap2 hari pikir apa nak masak.mujur ada kawan-kawan blog yang ada macam2 resepi yang boleh bagi idea untuk masak..yang simple tapi sedaap..thanks kengkawan yer..

Cuma sekarang duk pikir larat ke nak sambung belajar lagi..tawaran dah ada..cuma tak tau dapat urus masa dengan baik atau ak..tahun ni memang tahun yang mencabar dari segi mental dan fizikal..tapi bersyukur sangat2 kerana my laling sentiasa ada dibelakang memberi sokongan...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails