Followers

Kek Coklat Kukus


Kek ini saya dapat bila jengok umah Hana..tambahan pula Haziq demam dan mintak buat kek coklat dari semalam lagi..so sebab kesian ku buat jugak alhamdulillah memang sedap resepi ni..lembut sangat dan lembap..hiasan kat atas tu ciptaan my heroes Harith & Haziq.rasanya Hana pun ambik kat Hasue ..tp saya copy kat umah Hana

kat bawah ni yang telah dikeluarkan dari loyang
Ini pulak yang baru siap dikukus..camane nak buat supaya tak merekah terlampau2 cam ni??

Bahan-bahan

Bahan A:

2 cawan tepung

1 cawan koko

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil serbuk penaik

2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:

4 biji telur

1 cawan marjerin cair - saya ikut cam hana guna minyak masak

1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
  2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
  3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
  7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)

versi bakar. still moist!

Utk Topping
1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails