Followers

Rojak Lobak Putih & Timun

Ini salah satu lauk utk lunch tadi..rojak ni ayah Nor suka sangat makan...dan diwarisi pulak oleh anaknyer...rojak ni jugak boleh dimakan ngan nenas atau betik yg hampir masak di parut memanjang..cubalah sebab rasanya memang tak mengecewakan...




Bahan2nyer
Hiris nipis lobak putih dan timun(nor guna sebiji lobak putih dan sekerat timun), cam kat bawah ni..kalau ada nenas pun ok jugak..tapi mak Nor tak pernah bubuh


Kemudian sediakan kuahnyer
Bahan2
  • 2 ekor ikan selayang/sardin dibakar ambik isinya dan ditumbuk( Nor guna sekor jer sebab besar tul ikan yg dibeli kat pasar tadi)
  • sedikit belacan bakar (ikut citarasa, ditumbuk bersama ikan)
  • Garam
  • gula
  • cuka
  • cili boh
  • sedikit air yg dimasak
Caranya
Gaul semuanya sampai jadi cam kat bawah, air tak perlu banyak..dalam 2 sudu sahaja sebab bila dah dicampur ngan lobak putih dan timun..air dari buah tersebut akan keluar.Lepas tu gaul ngan sayuran tadi..makin lama makin sedap


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails