Followers

Pau tradisional inti kacang merah


Ini salah satu projek hari ni wat pau...tapi intinya segera..aku terjumpa kat pasaraya terus aku sambar..maklumlah malas nak rebus2 kacang merah...amacam gebu tak..saya buat cara orang dulu2 jer..byk jugak jumpa resepi pau..macam2 version lagi...tapi resepi lama jugak menawan hati..



Kat bawah ni pau yang belum dikukus lagi..sajer nak tunjuk perbezaan lepas masak...tapi tengoklah ada yang kecik..ada yang besor..tak reti nak buat saiz yang sama..ha..ha..


Ha..inilah hasilnya bila dah dikukus.berbeza kan!! masuk bakul angkat sendiri la pulak..adunan yang ku buat ni dapatlah 11 biji..tapi sekelip mata jer licin..so berbaloilah menguli dohnya tadi..resepinya dari Kak Rinn..mintak halal yer resepi ni..saya buat separuh adunan sahaja



PAU KUKUS TRADISIONAL

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu.
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails