Followers

IKAN GOLEK..


Selamat malam semua...moga sihat2 selalu...saya kat sini dah dua hari cuti..sakit mata la pulak...cam hantu pocong yg merah matanyer tuu!..sama2 En.Asben lagi tu...nak menaip ni pun cam rabun2 jer...mujurla sekarang kat sek sedang exam percubaan..x terganggu la budak2 belajar..risau ni spm dah dekat tul...harap2 anak didikku bersedia untuk hadapinya...

hari ni nak masukkan entry beberapa hari lepas ikan golek...sebenarnya mak kita panggil ikan golek..tp caranya cam ikan percik...kita pun ubah sket stail mak kita..buat cam percik..kalau mak kita x bakar dia trus letak ikan dalam kuah tu...
ok kat bawah ni kita letak resepi yer..mana tahu ada yg nak cuba..

bahan2
2 ekor ikan kembung..yg besar lagi best rasanya - dibersihkan dan dikelar

5 ulas bawang merah kisar

seulas bawang putih kisar
1/2 inci halia kisar

1 inci lengkuas kisar

1/2 inci kunyit hidup di kisar
2 sb lada kisar
2 batang serai dikisar
sekeping asam
garam dan gula secukupnya
1 1/2 cwn santan pekat

1 batang serai diketuk

Cara2
Campurkan bahan kisar dengan santan dan didihkan di atsa dapur..
masukkan asam dan ikan seminit sahaja..keluarkan ikan dan bakar.
ketika bakar percikkan ikan dengan kuah (gunakan serai yg diketuk sbg alat) dan balik2 balikkan hingga ikan masak.
perasakan garam dan gula..

Masakkan kuah diatas api yg kecil hingga pekat.curahkan kuah keatas ikan tadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails