Followers

KEM AKADEMIK SPM 2010



Salam sabtu..hari yg betul2 memenatkan tapi dalam masa yang sama terasa sungguh puas kerana apa yang dirancang berjalan dengan jayanya.....kem ni bermula hari jumaat kul 2.00 bermulanya pendaftaran pelajar ting.5 yang terpilih mengikuti kem ni..sasaran pelajar kepada yang memperoleh gagal BM dan BI...tujuannya utk mencari punca kelemahan dan bagi tips supaya mereka lulus dalam SPM sebenar...sasaran kedua kepada pelajar cemerlang dan boleh dibantu utk mendapatkn A+...insyaAllah..kem ni sebenarnya dua dalam 1..kem akademik diurus oleh unit KOKUM yg mana saya bertugas sebagai bendahari..dan bengkel akademik pula diurus oleh Unit Kurikulum diketuai oleh Penyelaras ting.5 dan SU SPM..saya ler tu..maksudnya sepanjang aktiviti berlangsung saya dan kawan2 kena bertugas..jd byk jgk gambar yg sempat saya snap utk dijadikan kenangan...siapa yg sudi leh lah baca sampai habis yer..
mula2 sekali nak tayang gambar sewaktu pendaftaran...jumaat kul 2pm ..tapi saya dah terpacak kat situ dari jam 1 lagi bimbang jugak ada yg datang awal kan!..time ni terpaksa bawak haziq ikut sama xde org nak jaga kat umah...mujurla x buat perangai kat situ...



selepas tu diorg berkumpul kat dewan dan diberi taklimat kem oleh komanden cikgu Salleh tentang aturcara program dan persiapan tempat tidur...pompuan tidur kat dewan jer dan budak lelaki kat kelas.. bengkel terus bermula dengan subjek matematik..turut terlibat sebagai fasilitator..penceramahnya ketua panitia kami En. Chia Mun Meng.. berakhir kul 5.30.. balik jap kat umah dan masak utk asben ngan anak2 lauk sardin jer yg penting x berlapo diorang kan!



Kul 7.30 malam pergi balik kat skul..time ni hujan lebat tul..saya drive cam kura2 jer..x nampak jalan ..tawakkal jer..malam tu pulak bengkel Bahasa Inggeris berlangsung..pengetua kami datang memantau..alhamdulillah x byk yg dia komen,,kira okler tu...bengkel BI diketua oleh Pn Harjit Kaur bersama2 guru2 bahasa inggeris..ramai jugak guru2 lelaki datang sukarela jd pak guard malam tu..tima kaseh yer semua!bengkel berakhir sampai kul 11 malam..x pernah drive selewat tu,,jalan pun sunyi jer..dahlah saya ni penakut...hehehe


Hari sabtu bermula seawal 7 pagi..time ni saya x dapat datang dah sakit badan dibuatnya..mujurlah kami dah berbagi kerje..tp x sedap ati jugak lepas bekpes sama family pekena roti canai kat kedai mamak..trus p sek jam 9pg sampai jer dah terlepas bengkel BM yg diketua oleh En Saliman..bengkel sejarah pun dah mula oleh En. Johny selaku penyelia Petang kat sek kami..tapi apa yg lebih mengejutkan saya bila datang ialah kawan saya (warden asrama , rumahnya dimasuki pencuri malam sewaktu kami sama2 di dewan..kesian betul, habis laptop, kamera, MP3 dan duit dalam dompet diambiknya..tp dompet x pulak dia ambk..pencuri tu umpil gril dibelakang..maklumla hujan lebat smlm mana lah dgr..sudahlah gajinya bulan ni x masuk gara2 kesilapan kerani..sudah jatuh ditimpa tangga..sempatlah kejap kami pg melawatnya di rumah warden..


Sementara tunggu polis datang sempat jgk periksa beg budak2 kem..bukan menuduh budak2 tu cuma sebagai tindakan yg perlu
dibuat oleh kami sebagai penyelaras..tp x jumpa apa2 la..kul 1pm pulang jap umah sempat lagi pg open house jiran makan mihun sup dan rojak buah..sedap tul...kul 2 bermula bengkel terakhir iaitu sains dan matematik tambahan yang diketuai oleh En Salleh dan Pn Jamu Jamari...



Kul 3.30pm kaunselor mengisi slot kosong sambil menunggu perasmi datang iaitu Pn. NoorAtiqah, Pengerusi PIBG sekolah selaku penganjur kem ni dan sempat menyerahkan sumbangan sebanyak RM1000...kem berakhir lebih kurang kul 5....tapi yg herannya kan mataku ni masih bertahan skrg yg mana jam sudah menunjukkan kul 2 pagi..hehe pasti esok tido jer ni..ok cukuplah en3 utk ari ni..esok lagi lah yer









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails