Followers

RENDANG AYAM



masih lagi n3 tertunggak.....rendang ni kita wat masa majlis mkn2 hari jumaat lepas bersama kawan2 kat sek. walaupun dah penghujung Syawal tp masih sempat jgk buat...biasanya saya slalu buat laksa..x pun puding jer...kali ni rasa nk wat yg lain pulak...belek2 resepi kawan2 teringat lak cik mat buat rendang ayam kampung ngan pulut kuning...maka terhasillah projek ni...alhamdulillah habis jugak yg kita buat...penat pun berbaloi-baloi! cuma kita xde ayam kampung kita wat ayam bandar jer..dan saya suka stail family wat rendang sampai hancur ayamnya..mak kita biasa guna rempah cap bunga ros dan x guna rempah kari..tp stok rempah kita dah habis..so kita buat ikut stail mat Gebu... kita kopi yer mat...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan -kita guna ayam bandar
Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu

2 helai daun kunyit, hiris halus

3 helai daun limau purut

1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor

2 camca besar penuh kerisik
2 camce besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah "Baba's")
kita pun guna Baba's
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1
1/2 inci halia

1 inci lengkuas
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)

1/2 inci belacan

1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)

4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna ayam kampung muda, jadi masa memasak agak singkat. Satu lagi perihal garam, cukup setakat rasa lemak2 masin, ini kerana bila rendang kering, rasanya sedang elok. Jika suka boleh letak serbuk perasa. Kacau sekali sekala yea, sebab "renih" ni guna api kecil saja...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails