Followers

IKAN BAKAR BERSAMBAL


ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT MALAM..

3 hari ni kelam kabut sikit..asben p kursus..jd terpaksa ambik dan hantar anak pg sek...dan pada masa yg sama kena pg kerja jgk...tp ni lah antara risiko kalau xde pembantu rumah...

Walau camanapun tetap bersyukur kerana asben dan anak2 sgt memahami..saling tolong menolong..(puji melambung ni cam ade aper2 jer ni! hehe)..

Hari ni nak masukkan new post...dah lama nak makan simple camni...akhirnya tercapai juga..
Dapat resepi sambal ni dari akak cleaner kat tempat kerja..tp biasanya dibuat utk makan ngan ikan masin...jd olah sikit utk sesuaikan ngan ikan bakar ni..(rasanyer mak saya panggil panggang tawar)

bahan2
2 ekor ikan..(cuci bersih dan bakar hingga masak)

Bahan2 sambal
2 biji cili merah
6 biji cili padi(kalau nak pedas la)
2 ulas bawang merah
sedikit belacan
sedikit garam dan gula(agak2 jer ikut citarasa masing2)
3/4 biji limau kasturi

Cara2
Semua bahan sambal ditumbuk kecuali limau kasturi...
perahkan limau kedalam sambal (boleh gak hiris2 limau dan masukkan dalam sambal)
Pastu letak sambal atas ikan bakar..
boleh perah lagi limau jika suka...siap

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails