Followers

KEK PISANG GEBU

Kabur jer gambar ni....cam mata tuannyer jgk ni...ok..sekarang ni macam nak mencuba baking2 lak..dah tua br nak blajar yer!...sblum ni ader jgk try tp byk kali gak bantat jer kek..jd kesimpulannya trus merajuk nak buat kek...

Tapi tiba2 lak asben request buat kek pisang ..alasannya x nak membazir...maka isteri mithali ni trus buka internet cari2 la resepi yg senang2..akhirnya terjumpalah ni resepi..

Berdebar gak nak buat ni..takut bantat lagi...tapi akhirnya jadi dgn jayanya kek ni....cuma sedikit manis mungkin pisang tu dah manis bangat...

opps ader lagi satu cerita..nampak tak i tak tayangkan keseluruhan kek ni..why?? sebab kat atas nya hitam manis gitu....x sedar rupanya terpasang api atas....mujur sedarnya awal..kalau tak..x jadi lagi la...

Resepi ni ambik kat blog jintanmanis...boleh klik sini atau saya dah copy kat bawah ni

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula (len kali nak kurangkan sket)
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails