Followers

Showing posts with label Hidangan ayam. Show all posts
Showing posts with label Hidangan ayam. Show all posts

RENDANG AYAM



masih lagi n3 tertunggak.....rendang ni kita wat masa majlis mkn2 hari jumaat lepas bersama kawan2 kat sek. walaupun dah penghujung Syawal tp masih sempat jgk buat...biasanya saya slalu buat laksa..x pun puding jer...kali ni rasa nk wat yg lain pulak...belek2 resepi kawan2 teringat lak cik mat buat rendang ayam kampung ngan pulut kuning...maka terhasillah projek ni...alhamdulillah habis jugak yg kita buat...penat pun berbaloi-baloi! cuma kita xde ayam kampung kita wat ayam bandar jer..dan saya suka stail family wat rendang sampai hancur ayamnya..mak kita biasa guna rempah cap bunga ros dan x guna rempah kari..tp stok rempah kita dah habis..so kita buat ikut stail mat Gebu... kita kopi yer mat...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung, dikerat sederhana besar, cuci dan toskan -kita guna ayam bandar
Santan kelapa secukupnya
Air panas, jika perlu

2 helai daun kunyit, hiris halus

3 helai daun limau purut

1/2 camca besar gula melaka
2 keping asam gelugor

2 camca besar penuh kerisik
2 camce besar cili kisar
1 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna rempah "Baba's")
kita pun guna Baba's
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

13 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1
1/2 inci halia

1 inci lengkuas
3 biji buah keras
15 biji cili padi (optional)

1/2 inci belacan

1/2 inci kunyit hidup
5 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)

4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rempah kari dan cili kisar, disatukan bersama bahan2 kisar halus, kacau sebati dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari dan cili kisar tadi. Tumis hingga terbit minyak dan garing.
  2. Masukkan ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan sehingga ayam tenggelam, masukkan garam secukup rasa. Masak dengan api besar hingga mendidih. Perlahankan api dan renih hingga hampir pekat dan mula empuk.
  3. Masukkan kerisik, daun limua purut, asam gelugor dan gula melaka, kacau rata. Jika ayam masih keras, boleh tambah air panas. Kacau dan terus memasak hingga kering dan ayam lembut.
  4. Bila rendang kelihatan pekat dan kering, masukkan hirisan daun kunyit, kacau rata. Biar masak sekejap, rasa dan jika perlu tambah garam. Boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai. Pastikan rendang anda betul2 sejuk sebelum menutupnya.
CATATAN MAT GEBU :- Mat guna ayam kampung muda, jadi masa memasak agak singkat. Satu lagi perihal garam, cukup setakat rasa lemak2 masin, ini kerana bila rendang kering, rasanya sedang elok. Jika suka boleh letak serbuk perasa. Kacau sekali sekala yea, sebab "renih" ni guna api kecil saja...

KARI AYAM


salam hari anam (Sabtu) Semua..sudah ngorok(tidur) ke?..maklumla esok x keje kan! Saya hari ni mengahadiri kolokium Kajian Tindakan yg diadakan di bangunan Yayasan Sabah...yg mana ada 8 org guru dari sek kami membentang kajian tindakan mereka..Syabas buat kawan2!!..kolokium ni berlangsung dari jam 7.30 am hingga la 4.30am...walaupun penat tp byk input berguna yg boleh kami ambil...nantila kalau ada gambar saya upload..

pejam celik..rupanya dah 5 hari x update blog..dan tau2 jerlah byk lah bhn2 yg tertunggak..takpela..yg penting x berkubur dah la!

okb ni resepi kari ayam yg dah habis ditelan beberapa hari lepas...resepi ni wat ikut citarasa


Bahan2

1) Seekor ayam
2) Bawang merah 5biji(kisar)
3) bawang putih 5 biji juga(kisar)
4) halia 1 inci di kisar
5) 1 biji cili belah dua hiasan jer
6) bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga serta daun kari.(utk tumis)
7) sedikit kerisik
8) Santan 2 cawan
9) Serbuk kari daging 2 sb
10) sekeping asam keping
garam dan gula secukupnya


Cara2
1)kemudian tumis bunga lawang,cengkih,kulit kayu manis.
2)Masukkan bahan kisar dan daun kari
3)tumiskan semuannya hingga nampak kekuningan,baru masuk rempah daging.
4)masukkan pula santan, ayam dan asam keping
5) bila ayam hampir masak masukkan kerisik dan renehkn dgn api yg kecil hingga ayam masak.. tutp api bila sudah masak


AYAM TUMIS PEDAS

Salam semua..bermula lagi siri entry tertunggak..harap2 ni yg terakhir..lepas ni kalau boleh nk masukkan yg terkini jer..hehehe yew ker tu!!
resepi kat bawah ni wat bekal utk asben mancing malam jumaat lepas...cepat dan senang maklum ler ari khamis tu duk kat skul sampai kul 4 lebih..pastu balik trus jer masak..asben nk pergi mancing kul 7 lbh..cam robot kejap...mujur le sempat siap masak on time....asben x kisah sgt masak ke tak tp sama jgk kalau x msk utk dia kena masak jgk utk anak2..jd x yah membazir kan!...berhasil jgk la asben pg mancing dapat gak la walau sekor jer...baru jer siap masak tadi nanti kita tayang...kalau nak try leh tgk resepi kat bawah
Bahan2
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 biji wang besar dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula sebagai perasa
1 biji bawang besar dimayang utk hiasan(optional)
2 sudu besar minyak utk menumis

cara2
tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing, masukkan cili boh biar sehingga cili masak(naik minyak..eh cam x betul je tu ops silap, terbit minyak la) kemudian masukkan air asam jawa bersama ayam...tutup kuali hingga ayam masak kmdnn perasakan garam dan gula..taraaa..da siap.

AYAM SOS TIRAM BERCILI


Lauk semalam...cam biasa kalau virus M melanda masak main campak2 je la..masa sekarang no time nak masak yg rumit2 kena adjust masa betul2

Ayam Goreng Kunyit


he.,.he..ini pun nak en3 kan!! saje wat iklan jap...apa2pun lauk nila yang laku btul untuk anak2..tak pernah boring....

Ayam Masak Kicap Pedas


Lauk semalam..resepi ikut suka tuan rumah jer ni...ok layan resepi...

Bahan2
seketul ayam bahagian paha (potong ,gaul kunyit dan garam,goreng setengah masak)
setengah biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
setengah biji bawang besar mayang
2 biji tomato belah 4
3 sudu besar cili boh/cili kering kisar
2 1/2 sudu besarKicap manis
2 sudu besar sos tiram
setengah cawan air(terpulangla nak berkuah/tak)

Cara
Tumis bahan kisar hingga wangi ,masukkan cili boh tumis hingga garing.
Masukkan kicap manisdan sos tiram biar hingga naik minyak..
Masukkan ayam beserta air dan tomato
setelah hampir masak taburlah bawang hiris..dah siap


Lupa lak kasitau..resepi ni tak yah garam,gula or perasa..dah sedap macam tu je

Pedal berempah dengan kacang panjang


makan2...lauk malam ni..tapi i x mkn..kononnyer diet la...hrp2 leh tahan...

yam Tandoori Goreng


Sedap...dan mudah untuk buat..cubalah resepi dari chef terkenal sapa lagi kalau tak Kak Hanieliza

Ayam Goreng Mamak Celup Tepung


Sedap betul rasa ayam goreng cam gini ...resepi masih dari sifu Hanieliza..cuma saya x goreng terus saya celup tepung dulu baru goreng..sori kak liza memandai ubah resepi ni..

AYAM GORENG MAMAK

bahan
1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari
garam
minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili kering
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.(Saya celup telur dan golek dalam tepung goreng ayam)
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak.

Ayam Kurma


Angin R melanda so..jadilahmasak ayam kurma ni..masih lagi resepi dari Kak Liza, mintak halal yer!!

KURMA AYAM

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.
2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.
4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.
5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.
6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.

Ayam Phat Phet


Resepi ni hasil menjenguk Cik Ani Punya resepi yang diambil dari Myresepi...memang sedap dan mudah untuk buat...

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.

Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.

Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

Sup kaki ayam


Sup lagi....nak wat camana my hubby suka terutama kaki ayam ni..layan jelah..daun sup pun takde..janji sedap..

Sup Ayam dengan Sayur Campur

Burung Puyuh Goreng


Puyuh ni saya beli kat Festival di Beaufort hari tu..dah siap perap dah..balik rumah boleh goreng terus..so inilah dia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails