Followers

Showing posts with label Hidangan nasi. Show all posts
Showing posts with label Hidangan nasi. Show all posts

SARAPAN HARI INI


Rasa rajin pulak hari ni..jadi selongkar periuk kukus yg lama dah tak guna...kung kang kat dapur siap jugak pulut kuning ni..dah lama teringin nak makan baru hari ni menjadi kenyataan..camana xde masa..sebenarnya malas tu!!hehe


Pulut makan lak ngan gulai daging..saje buat banyak gulai tu..boleh cover lunch terus...hehe pemalas tul cikgu ni yer! maklumla time cuti ni...walaupun x cuti mana sebenarnya..tetap pg sekolah utk kelas tambahan..jadi mana hari yg xde klas trus plan nak pg sini la situ la..so masak2 ni kira aktiviti no 2 je la..

ok..da bising Mr asben ajak pg renew roadtax motor nye...Cik Abg ni nak kemana2 je mesti nak kena ada teman kat sebelah..layan jer la maklumla bininya pun memang suka diajak keluar walaupun pusing2 dalam kereta jer..heehe bye..

NASI GORENG ASBEN


Dah malam benor ni..anak2 dah habis makan..asben td cakap da kenyang..alih2 dah kul 10pm..tersenyum2 mengadu lapar..ekceli dah tahu..macam x biasa kan! heehe...jd godek2 je la apa yg ader ..x der sayur pun d letak (baru perasan stok sayur dah abis...ader can pg tamu esok ni)
Siaplah nasi goreng sempoi ni...mujur ada timun ..berseri gak nampak nasi goreng tu..ape2pun dah habis en. asben makan..alhamdulillah

BUBUR JER


Request anak 2 hari berturut2..dan mamanya sungguh senang hati..sebab cepat dan mudah skali nak disediakan...walaupun simple abis gak seperiuk yg dibuat..alhamdulillah...
Bubur ni simple jer boleh dibuat utk baby kecik or baby besar jg, ni resepinya.

Bahan2
2 cawan nasi (di bland kasar, kalau utk baby yg blum ada gigi tu bland halus)
2 cawan air
1/2 ketul kiub pati ayam
2 ekor isi ikan(saya guna ikan selayang ambik isi, tumbuk dan bulat2 kan)
grm dan gula secukupnya
kalau nak tambah sayur2 lagi bagus(tp anak2 saya x minat)

Cara2
Didihkan air, masukkan kiub pati ayam dan isi ikan.Biar seketika.
Masukkan nasi dan kacau sekali sekala
Perasakan garam dan gula (kalau suka berkuah x yah le masak lama2)
Itu jer..memang mudah

NASI LEMAK IKAN BILIS


Salam hari minggu semua....masih tidur ke?...atau dah pikir2 nk masak yg istimewa hari ni?..saya lak lum pikir apa2 lagi nk masak apa..lauk kat peti ais pun dah bersih...hehe kena p pasar dulu la ni....

Apapun n3 kali ni kita nak masukkan apa yg sempat kita masak kemarin walaupun sibuk..kemarin menghadiri kolokium dari kul 730 hingga la 4.30..jd seawal jam 4 pagi dah masak utk bekpes ngan lunch trus...nasi lemak request by hubby...bahan2 pun dah ada..sambal tu kita campur ngan belen udang yg ada kat umah ni.....tgn kita kan macam robot jer time masak sempat lagi cuci kain bersih dapur..sampai kat Yayasan Sabah...sempat gak menguap 2,3 kali...hehehe


PULUT KUNING



Pulut kuning ni wat partner ngan rendangayam..resepinya ambik ngan Mat Gebu jugak....tapi cara perasakan garam tu kita wat macam mak kita...sory yer mat ubah sket...apapu2 kita kopi lagi resepi dari Mat Gebu


Bahan-Bahannya :-)

850 g beras pulut

3 inci kunyit hidup, atau 2 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 cawan santan + 1 1/2 camca teh garam, kacau rata -part ni kita lebihkan 1sd besar garam dan tambahkan 1 1/2 sb gula gaul rata ngan santan gak
1 helai daun pandan, disimpul

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur 1 camca teh air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam 8 - 9 jam.
  2. Kemudian toskan pulat tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 10 minit. Kemudian alihkan pulut yang 1/2 masak tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 15 - 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh dialihkan ke dalam bekas lain. Hidangkan bersama rendang ayam, kari atau lauk2 kegemaran...

NASI GORENG ...

Pagi Ahad yg cukup relaks..blum mula lagi tu..baju lum gosok lagi baru jer siap cuci kain dan lipat kain yg dah menggunung ngan jayanya...ari ni seperti yg dijangkakan saya terlewat bangun..kul 6 baru bgn...padahal asben janji ngn kawan2 kul 6 bertolak pi mancing..apa lagi kelam kabut trus..ampun yer bang isterimu ni sangat penat..xceli dah timing jam pun..tp bila dgr cepat2 matikan..hehehe..sarapan pun asben x nyempat..mujur dia dah janji ngan kawan2 bekpes kat luar jer...lepas je asben pg saya meneruskan aktiviti tidur sampai kul 8..mujur anak2 pun seperti memahami..semuanya bgn lambat...hehee
bila buka esbok.. terkejut monyet jap tgok sume bhn masak sumenye clear...warghh malasnya nk shoping kat pasar....mujur ade nasi smlm kugoreng jer dgn bhn yg tinggal ciput jer..tp bila kena ngan kopok goreng..laju gak anak tekak ni makan.. ok layan jer nasi goreng ni yer!!


Nak tempek gak resepinya walau pun nsi goreng jer

Bhn2

2cwn nasi
4 ulas bwg putih dicincang

1/2 biji bwg besar cincang gak

1 sb cili kisar
sekor sotong dihiris
seketul sosej
hiris
sayur2..letak karet jer..dah itu je yg ade
sebiji telur


cara2

tumis bawang putih dan bwg besar hingga garing, masukkan cili kisar goreng seketika.

pastu masukkan sotong ngan sosej..bila hampir kering masukkan telur hingga setengah masak trus masukkan nasi dan karet, gaul rata..perasakan garam dan sedikit gula...hidang apabila masak.

Nasi Beriani..


Salam semua..masih dalam mood cuti..walau pun tak de maknanya cuti bagi saya..maklumlah tak senang duduk nak kena present this weekend..hopefully sumenya ok.. apapun layan dulu nasi berani ni..sedap resepi ni dari Mak Lang..saya copy yer Mak Lang..kawan2 sume jgn lupa cuba yer..memang tak mengecewakan

Bahan2 untuk nasi:

3 put beras Basmathi dicuci dan ditoskan
3 put air
1/2 put yogurt ( boleh digantikan dengan 1/2 put susu pekat dicampurkan dengan 2-3 sdb perahan air limau nipis)
Sedikit garam mengikut rasa
3 biji lada merah }
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
1 labu bawang besar di mayang
2 helai daun pandan di simpulkan
4 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning, saffron(koma-koma) dan air mawar.
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka


Caranya:
Cairkan minyak sapi bersama minyak masak.
Tumis bwawang besar yang dimayang bersama dengan rempah tumisan sehingga naik bau.
Masukkan bahan yang telah dimesin dan digoreng sebentar.
Masukkan air dan yogurt serta daun pandan.
Apabila mendidih, masukkan beras.
Apabila separuh masak, masukkan daun bawang, daun ketumbar dan daun sadri serta daun pudina .
Apabila nasi tlah masak, ambilkan minyak dari lauk beryani dan diletakkan kedalam nasi. Ambil jugak sedikit dari rempah beryani ayam tersebut dan digaulkan dengan nasi.
Pewarna kuning serbuk dicairkan dengan 3sdb air mawar bersama saffron. Renjis2kan ke dalam nasi. Tutup periuk nasi dan biarkan sebentar
Masukkan jugak kismis dan gajus yang telah digoreng tadi



Lauk Beryani
1 1/2 ekor ayam dipotong dan dibersihkan.
3 biji bawang merah }di mesin halus
3 ulas bawang putih }
1/2 inci halia }
Rempah beryani 1-2 packet
bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga
2 biji bawang merah di mayang
5 sdb minyak sapi
3sdb minyak masak
4 biji tomato masak dimesin halus
1/2 tin tomato puree
4sdb madu
2 sdb gula putih
1 sdb gula merah
2 adb HP sauce (kalau tak ada tak pe)
1/2 tin susu cair
4 biji lada hijau dipatah2kan sepanjang 1 inci
10 biji badam dimesin halus
1 pokok daun bawang, daun ketumbar, daun sadri dipotongsepanjang 2 inci
secekak daun pudina dibuang batangnya
segenggam gajus digoreng }
segenggam kismis digoreng sebentar } boleh dikurangkan jika tidak suka
garam mengikut rasa

Caranya:

Gorengkan ayam bersama garam dan kunyit. Jangan terlalu masak.

Panaskan mnyak sapi bersama minyak masak. Tumiskan rempah tumisan bersama bawang merah yang dihiriskan.
Masukkan bahan2 yang dimesin tadi.
Apabila telah naik bau, masukkan rempah berani.
Apabila rempah telah garing, masukkan tomato blend, tomato puree, badam, HP sause,
lada hijau, madu, gula dan susu. Apabila telah naik minyak, masukkan ayam.
Masakkan atas api kecil sehingga naik minyak lagi.
Masukkan pula daun2 tadi bersama kismis dan gajus.
(Biasanya maklang tak letak banyak sangat dalam gajus sebab nanti tak jumpa! Baik masukkan kat dalam nasi. Senang carik!)
Apabila telah betul2 masak, ambil minyaknya dan letakkan kat dalam nasi.


Acar mentah

1 biji Timun di hiris nipis sepanjang 1.5 inci. Hempulur nya dibuang
1 biji carrot juga dihiris nipis sepanjang timun
bawang kecil dihiris
bawang putih dihiris
2 biji lada merah dihiris
1 biji tomato dipotng nipis
sedikit garam dan gula

Campurkan semua bahan. Acar ini tak dicampur dengan cuka. Tomato boleh digunakan sebagai pengganti cuka.

Nasi Dagang


Menu cuti2 Malaysia...time cuti jer dapat buat msakan camni..time keje gantung sume periuk..ha..ha...sila2 lah yer..

Nasi Goreng Putih


Nasi goreng untuk dinner..guna bahan2 yg ade kat rumah jer..ala2 seafood jgk lah walaupun cuma ada sotong jer

NASI MINYAK

Ini lah nasi minyak yg sebenarnya telah di masak minggu lalu lagi..baru ader masa nak upload..rindu pulak ngan blogger kat sini..tp nak wat camana dah terlalu sibuk sangat..

Saya buat lauk gulai ayam cam mak saya buat selalu ler..hai tiba2 rindu pulak kat mak..takpe, kuatkan hati...harap2 takde aral cuti nanti dapat balik kg
Ini pulak pelengkap nasi minyak ni acar..ekceli nak wat acar masak ..tp malas lah pulak wat acar mentah jer...itupun nenas jer ada..layan jelah

Nasi Kuning Lauk Ayam Pedas


Ini menu bekpes ari ni..biasanya beli jer kat kedai..tiba2 lak teringin nak rasa air tangan sendiri..tak taupun resepinyer..agak2 jer..alhamdulillah tak mengecewakan..silalah rasa yer...kalau ada yg diet tu..telan air liur je..bilalah pulak giliran saya diet ni...tak pernah konsenteret...he..he..

Bahan2 nasi kuning
3 cawan beras
4 cawan santan sederhana pekat
2 sudu besar marjerin
1 cm halia hiris kasar
sedikit kunyit serbuk (campur dalam santan)
sedikit garam
simpul daun pandan

Cara-cara
Panaskan marjerin, masukkan haia dan daun pandan hingga wangi.
Masukkan santan dan biar mendidih kemudian masukkan beras dan garam..then masak macam masak nasi biasa.

Ayam pedas
Bahan2
1/2kg ayam gaul ngan garam dan kunyit..goreng setengah masak
2sudu cili boh
sebiji bawang besar di kisar
2 ulas bawang putih dikisar
1cm belacan dikisar
1/2 cawan air asam
sedikit air
garam, gula dan perasa

Cara2
Tumis cili boh hingga naik bau, masukkan bahan kisar dan masukkan pula ir asam dan sedikit air.
Bila hampir kering masukkan ayam bersama grm,gula dan perasa...biar hingga masak.
Hiaskan dengan bawang besar hiris

Pulut Kuning dengan Kari Ayam


Pulut kuning ni kadang2 mok saya panggil nasi kunyit...ni menu bfest pagi tadi..sila2 lah yer


Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis


Buat nasi lemak ni sebab masa jala-jalan Beaufort hari tu ada beli ikan bilis ...memang sedap ikan bilis nyer yelah beli dgn org yg buat terus...takde timun salad pun boleh lah, petai pun ditambah dalam sambal tu sebab terbeli jugak di sana..

Nasi Goreng Sempoi


Bahan-bahan
  • 2 cawan nasi
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 sudu besar cili boh
  • segenggam ikan bilis
  • 1 biji telur
  • sawi
  • garam, gula perasa

Cara-cara

Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
Masukkan cili boh dan biar garing.
Masukkan ikan bilissawi,garam gula dan perasa.
Pecahkan telur dan kacau hingga telur setengah masak dan masukkan nasi.Goreng sehingga masak.

Nasi Ayam

Bahan-bahan untuk nasi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1/2 biji bawang besar(potong dadu)
  • Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang,cengkih dan buah pelaga untuk menumis
  • sehelai daun pandan(disimpul)
  • 2 cawan beras
  • 3 cawan stok ayam(rebus 1/2 ekor ayam tanpa ditambah apa-apa bahan)
Cara memasak nasi ayam
Panaskan mentega sehingga cair dan masukkan rempah tumis bersama daun pandan.
Masukkan bawang besar dan biar sehingga layu.
Masukkan stok ayam tunggu sehingga mendidih.
Masukkan beras dan masak seperti memasak nasi biasa.
Bahan-bahan sup
  • Air rebusan ayam
  • Halia hiris kasar
  • Bawang putih diketuk
  • Sup bunjut(biasa guna cap adabi)
  • 2 sudu lobak jeruk
  • Garam dan gula
  • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara membuat sup
Gunakan air rebusan ayam tadi, keluarkan ayam yang sudah masak.
Tambahkan air secukupnya.
Masukkan sup bunjut, halia bawang putih dan lobak jeruk, tunggu sehingga mendidih.
perasakan garam dan gula.Hidangkan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Cara menyediakan ayam.
Ayam yang telah direbus tadi gaulkan bersama kicap manis, sos tiram(lebihkan lagi sedap) dan madu.(Jgn tambahkan garam kerana kicap dan sos tiram sudah memberikan rasa)
Kemudian bolehlah digoreng ( tidak perlu goreng lama kerana ayam sudah masak).
Lebihan air perapan ayam boleh dijadikan sos kicap dan dimakan bersama nasi ayam.Untuk lebih sedap tambahkan sos tiram dan sedikit sup.

Cara menyediakan sos
Kisar cili merah, cili padi, seulas bawang putih,garam,gula dan sedikit cuka/perahan limau nipis.Untuk tahan lebih lama bolehlah dimasak sekejap dan boleh tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.

Bahan-bahan sampingan

  • Daun salad
  • Timun dihiris
  • Buah tomato

Nasi Tomato

  • 2 cawan beras
  • 3 cawan air
  • Sebiji tomato ranum (belah 4)
  • 1/3 tin susu cair
  • 3 sudu besar tomato puree
  • Kismis(hiasan)
  • Bawang goreng(hiasan)
  • Secubit garam
Bahan menumis
  • 2 sudu besar marjerin untuk menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • Sehelai daun pandan (simpulkan)
Cara-cara


Panaskan marjerin dan tumis rempah bersama daun pandan sehingga wangi.
Masukkan buah tomato, tomato puree,susu cair, garam dan air, tunggu sehingga mendidih.
Masukkan beras dan tunggu sehingga masak.
Selepas masak bolehlah taburkan kismis dan bawang goreng.

Ayam Masak Merah



Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang merah(kisar)
  • 2 ulas bawang putih(kisar)
  • 1 labu bawang besar(kisar)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 2 sudu besar cili boh/cili kering
  • 1 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 biji tomato(belah 4)
  • 1 biji lada benggala(potong memanjang/ikut suka la)
  • Minyak untuk menumis
  • 1 cawan air(secukupnya)
  • Garam dan gula secukupnya
Cara-cara

Tumiskan cili boh/cili kering sehingga keluar minyak dan masukkan bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan sos cili dan sos tomato dan masukkan ayam.Masukkan air jika bahan tumisan kering dan biarkan sehingga ayam masak.Perasakan garam dan gula.
Apabila kuah sedikit kering masukkan bawang besar yang dimayang bersama lada benggala dan buah tomato.
Kuah bergantung kepada citarasa anda sekiranya sukakan kering atau sebaliknya.
Selamat mencuba.

Nasi dagang


Bahan-bahan Nasi
  • 3 cawan beras wangi/beras siam
  • 1 cawan beras pulut
  • 7 ulas bawang merah dihiris halus
  • 4 cm halia dihiris memanjang
  • 1 cawan santan pekat(perah santan menggunakan air yang telah dimasak)
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1sudu garam
  • 2 sudu halba
Cara memasak nasi.
Rendamkan beras dan beras pulut sekurang-kurangnya 4 jam(sebaiknya rendam pada waktu malam besoknye baru dimasak nasi)

Bawang merah, halia,garam dan halba dibahagi dua dan dicampur 1 bahagian kedalam santan cai dan sebahagian lagi pada santan pekat.

Kukus beras dengan air sehingga keluar wap.

Angkat dan keluarkan kedalam bekas besar supaya senang nak digaul dengan santan cair.(curahkan santan sekaligus keatas nasi barulah digaul dengan menggunakan sudip kayu supaya beras tidak hancur..ni mak yang bagitau)

Kukus sekali lagi dan tunggu sehingga keluar wap barulah diangkat.

Kemudian gaulkan pula dengan santan pekat hingga sebati.

Siap untuk dimakan.
Bahan-bahan gulai nasi dagang
  • Seekor ikan tongkol (untuk lebih sedap gunakan ikan tongkol yang besar)
  • 3 keping asam keping
  • 1 sudu garam
  • 5 ulas bawang merah dikisar(bancuh ngan air)
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 2cm halia kisar
  • 2 cm kunyit hidup dikisar
  • 2cm lengkuas dikisar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 3 sudu besar rempah masak cap bunga rose(campur ngan sedikit air)
  • 1 sudu besar rempah gulai cap bunga rose(campur ngan sedikit air)
  • beberapa biji buah belimbing buluh(kalau takde guna 3 keping asam keping)
  • Segenggam cili padi
  • Garam dan gula
  • 1/2 cawan minyak
Cara-cara memasak gulai nasi dagang

Ikan direbus bersama garam dan asam keping hingga masak.

Tumiskan cili boh hingga terbit minyak kemudian masukkan bahan kisar hingga garing.

Masukkan pula rempah masak dan rempah gulai

Kemudian masukkan santan pekat dan santan cair bersama-sama kepala ikan tongkol sahaja(masak hingga kepala ikan tongkol tu hancur..best sangat..masak dengan api sederhana)

Masukkan belimbing buluh, cili padi,garam dan gula serta sedikit perasa.
(masakkan lama sedikit dengan api kecil dan bolehlah masukkan isi ikan tongkol)


Enak dimakan dengan acar mentah

Bahan-bahan acar
  • Sebiji timun dibuang biji dan hiris memanjang
  • 1/2 biji carrot dihiris memanjang
  • 1 biji lada merah dihiri memanjang
  • 2 biji bawang merah dihiris nipis
  • 2 sudu cuka
  • 1 1/2 sudu gula
  • secubit garam
Cara membuat acar
  1. Gaul jer kesemua sekali dan boleh dihidang
Sedikit tips yang saya tau la
* Ikan tongkol haruslah dihiris tebal supaya tidak hancur.
*Boleh juga gunakan rempah nasi dagang terus...kalau susah nak jumpa rempah nasi dagang atau rempah cap bunga rose..kat Sabah memang takde..boleh juga campurkan rempah kari dengan serbuk ketumbar,serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails