Followers

Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Katering ker??


salam semua..ekceli baru pulang keje ni..sambil2 minum kejap teringin lak nak masukkan entry yg rasanya cukup bermakna buatku...Ahad lalu asben mintak tolong sangat2 masakkan tapau buat budak2 bola...ikutkan hati memang x nak sebab dah lah keje hari sabtu pastu nak masak utk 30 org lagi tu..mesti nak prepare awal kan!

Tp x sampai hati jgk bila tgok muka budak2 tu..akhirnya ku terima jgk..hati trus berdebar..x pernah2 masak terlampau byk..mcm2 dipikir..berapa nak beli ayam..sayur..bawang....serabutla kejap kepalaku ni..

nak dijadikan cerita..semua bhn ku beli berlebih2..sayur pun masih lagi ader stok kat umah ni..masih kerdil diriku ni..x pandai nak bajet wooo...yg paling klakar tu..periuk nasi kat umah ni xlah besar mana...then ku masak la sampai penuh tong nasi ku...pastu buleh ku relaks2 lepas masak semua..time tu x letak lagi dalam tapau...dan akhirnya apa yg jadi??? nasi ku x cukup!!! 10 tapau lagi x cukup...kelam kabut ku masak semula...mujurlah sempat kuhantar pada budak2 tu...itulah kan budak baru belajar kan2!!


Pening jugak memikirkan menu apa nak masak...bila disenaraipendekkan..akhirnya inilah yg kujadikan lauk utama..ayam masak merah...mula2 ingatkan nak beli ayam bulat..tp kalau boleh x nak ader yg x puas hati..akhirnya kubeli kepak ayam jer semua...senang semua dapat yg sama kan2!!


dan sebagai pelengkap hidangan saya sediakan sayur campur goreng ngan fish kek..... buah pisang tu beli kat pasar jer..kata org pisang pembekal tenaga kan..ala macam cerita Rafiq channe 611,,hehe..nampak sangat terikut2 ngan anak2 kan!

EXCIDENT!!


Kejadian ni berlaku minggu lepas hari Rabu (26/1/2011)..sewaktu saya pulang dari sekolah utk program 1M1S...lebih kurang pukul 3 lebih. Gambar yg saya snap ni x clear sgt maklumla sdg drive mujur abg polis yg baru sampai time tu(kat belakang kereta saya lagi tu) tak saman..ekceli trailer ni dari arah bertentangan dan terbabas ke jalan sebelahnya...betul2 depan sekolah mujurlah time tu budak2 dah x ramai tunggu bas atau jalan kaki...

perasan tak kat sebelah trailer tu ada satu kereta yg dihimpit... kereta wish lagi tu.....trus saya mengucap..nampak teruk bahagian penumpang...tp saya rasa mereka selamat sebab x nampak kelibat org yg tersepit...

buat kawan2 yg selalu memandu tu..hati2 yer..malang tak berbau..

KAWAN SEKOLAH KAWIN


Ini cerita hujung tahun lalu..time godek2 memori hp ni..ternampak lak gambar ni..memori ni antara yg paling best walaupun jumpa kejap jer...jd mesti dijadikan ingatan kan!

kawan saya ni Ila...kami dah kawan sejak dari sek men hingga la sekarang..masa form 1 - form 3 di sek yg sama...then form 4 -form 5 pun sek yg sama...dan masuk u pun u yg sama walaupun waktu tu saya di tahun akhir dan dia baru je bermula....lepas saya kawin x byk yg saya dengar khabar dari kawan2 lama..dan x pernah terpikir pun akan jumpa balik..tp penangan facebook ada jgk baiknya...alhamdulillah yg x pernah langsung jumpa lepas sek akhirnya berjumpa balik

Dan tanggal 24.12.2010 Ila selamat melangsungkan perkahwinannya...yang mana sama tarikhnya dgn perkahwinanku tahun jer yg berbeza...tahniah Ila..semoga dapat meniti cabaran yang makin mencabar ini ...

BABY NUHA..





Salam semua..takde keje ni rasa lak nak upload anak kecik kita yg dah berumur 2 thn lebih...seronok tengok keletah anak2 time kecik2 ni ader jer yang boleh buat kita ketawa...memang sunyi kalau dia xda....harap2 anak2ku akan menjadi insan yang berjaya didunia dan di akhirat,,,amiin

ME & ANAK2..

Hari ni saje nak masukkan n3 tentang anak2 pulak.. sekurang2nye nanti dapatlah mereka tgok gambar2 masa kecik diorang pada masa akan datang..


Kat atas ni baby bongsu ku..buat masa ni lah kot! hihi...dah byk ragam Siti Nuha maisarah ni...semua percakapan abg2nya dia ajuk...memang ceria tul dia ada..bukan abg2nya saja mama dan abahnya pun diajuknye..


Yang ni pulak anak sulungku Mohamad harith Haikal....dah 7 thn..pandai layan adik2 tp manja sikit..tp Nuha suka btul main dgn harith ni sebab harith pandai memujuk...


kat atas ni pulak anak kedua Muhammad Haziq Huzairi...yang ni kuat betul mengamuk..kalau ada je yg x puas hati..apa2 brg yg ada kat tgnnya mesti dibaling kat mana2..tapi yg paling best dia ni suka bercerita apa sahaja yg berlaku dan suka bertanya apa yg dilihatnya...puas jgklah kadang2 memikir jawapannya!...

Apapun walau pelbagai kerenah diorang..kalau takde salah satu mesti terasa lain macam...indah kan hidup jika mendapat anugerah cahayamata kan!...tapi zaman sekarang ni terbalik pulak..gara2 perlakuan sumbang diri sendiri benih hasil kesalahan diri sendiri dibuang begitu sahaja dengan cara yang sungguh kejam tanpa perikemanusiaan...Ya Tuhan lindungilah anak2 kami dari pengaruh negatif dan dapat mengharungi cabaran pada masa akan datang..Amiin..

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU..

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..dalam sungguh impian dan harapan yang diharap dari insan bergelar guru...
Hampir sedekad bergelar guru..banyak pengalaman yang kukutip tiap waktu..dan kujadikan pengajaran untuk hidupku..
antara pengalaman paling manis waktu teacher's day last year...satu kelas berbaris kat bilik guru nyanyikan lagu besday untukku...terharu betul time tu..malu pun ada..thanks pelajar 5 inovatif 09..
Terima kasih juga buat anak didik dan bekas pelajar2 ku kerana tak putus2 menghantar sms dan ucapan di facebook sempena besdayku hari ni dan juga ucapan hari guru....
Teringat pengalaman pertama menjadi guru time tu kat sarawak bujang lagi tu
Ni cerita masa mula2 posting ke sarawak..bila kami diberi taklimat di Kuching aku diberi tempat untuk bertugas di kawasan Miri yg mana kena naik flight lagi..time tu pestime pergi sarawak..nama sekolah tu SMK Luar Bandar Miri..apa yang korang pikir bila dengar nama sek tu..gerun jugak kan? bila check list aku sorang je ditempatkan di sekolah tu yang lain semua ada kawan 1 sek..kaget dibuatnya terus bertanya dgn pegawai..dgn konpiden nya dia cakap nanti di Miri akan jumpa yang lain..sampai di airport Miri kawan2 lain bergerak ke destinasi masing2 sebab ada kawan 1 sek..aku tak tahu nk pergi kat mana dengan apa... terus menangis sorang2 di airport..last2 call tunang(laki aku skrg kat sabah time tu) dia ckp pg Jabatan Pelajaran mintak tolong hantarkan..dengan perasaan takut aku ambik teksi pergi JPN tapi dengan hampa mereka layan acuh tak acuh dan suruh call pengetua datang ambik
aku tel pengetua rupanya dia pun baru 1st day posting jugak..so tak tahu jalan jugak..time tu dah jam 3 pm..terus pg airport balik call lagi tunang..last2 dia cdgkan terbang pg Kuching balik tido rumah kawannya akhirnya keluarkan duit sendiri beli tiket dan duk di Kuching 2 hari..(time tu mana lagi ada airasia..dah lah belum bergaji habis cam tu je duit yg mak bagi)
kmdn aku bertekad pergi jugak sek tu.. dalam penerbangan ke Miri aku duduk bersebelahan sorang pakcik yg ramah btul baru balik dari KL tempat anaknya bertugas.. mesra tul pakcik tu..macam2 ceritanya..buat hatiku sedikit lega.. sampai di airport pakcik tu x sedap hati biarkan aku pergi sendiri..last2 dia hantarkan aku ke stesen bas..byk betul pesanan dia..sayang pakcik!! tapi dia tetap tak sedap hati last2 dia ckp biar dia temankan aku sampai kat sek tu..last2 kami naik teksi.. kalau dilihat persekitaran perjalanan tu (time 2 la..x tau skrg) sekitarnya hutan belantara (cam hutan simpan) dan ambik masa 1jam setengah nk sampai..bila pikir balik kalaulah aku terus je pergi hari tu..syukur alhamdulillah
akhirnya aku sampai di sek tu..dan pakcik tu balik dengan teksi yg sama(moga pakcik diberi kehidupan yang gembira)
Time tu rumah guru dah penuh..kena tinggal kat Bekenu..ambik masa 1jam kalau naik bas sekolah..aku menyewa di Bekenu..tuan rumah duk kat bawah kami menyewa kat atas.. baik sungguh makcik tuan rumah(mak Dara) dan pakcik (pak Bujang)..time tu keja sebelah petang..macam tiap2 hari makcik tu hantar makanan kat aku time tu aku petang dan sorang lagi housemate(kak Na)manalah yer sekarang bekerja sebelah pagi..
Jiran2 pun baik sangat..suasana pun bersih dan cantik..kawan2 disana pun baik2 daripada kerani hinggalah guru sandaran..kalau pergi kat Tamu(pasar) macam2 yang ada..tapi yang segannyer bila dia tahu jer cikgu mesti bagi free padahal mereka bukan dari kalangan yang berada.. byk lagi kenangan nantila next entry yer..

HOORAYYY!!!

HOORAY..DAH ABIS EXAM UTK FIRST SEMESTER... TAK KISAH APA RESULT..YG PENTING HILANGKAN DULU STRESS...

RUPA2NYA SAKIT BELAJAR TIME LEPAS KAWIN BERGANDA2 PERITNYA...DALAM MASA YANG SAMA MESTI UTAMAKAN KEPERLUAN SUAMI DAN ANAK2 AND KERJA JUGA...
BAYANGKAN SETIAP MALAM EXAM KENA TELAN PANADOL...SAKIT KEPALA YANG TERUK..TP PIKIR2 BALIK INILAH AKIBATNYA STUDY LAST MINUTE...SO SAYA TABIKLAH DENGAN ORANG YANG SUDAH BERJAYA...

OK..TIBA MASA LAWAT RUMAH KAWAN2..RINDU NAK TENGOK RESEPI BARU KAWAN2...

DARI RAKAN YANG BEGITU MESRA WALAUPUN BLUM BERSUA MUKA..ATIE

tHANKS aTIE atas jambanga bunga peberet saya ni..cukup tenang menatapnya lebih2 lagi tengah tensen ngan keje yang tidak pernah siap2..

AWARD LAGI..DARI KAK AIN


tak sangka lak dapat award lagi..maka dengan rasa gembiranya saya gantung kat umah ni..tima kasih kak Ain

KALUNG DARI AZATIE..

Cantik kan kalung ni..ni dari blog azatiesayang....jadi saya panjangkan pula untuk kawan2 yang singgah kat sini

REZEKI LAGI..ALHAMDULILLAH


Syukur lagi..dapat rezeki ikan segar dari kawan ku Kak Tuty...makasih banyak2 ya kak!! takpe petang ni kita pg lawan bowling..tengok sapa yang terer masuk longkang..ha..ha...

Yea..Award Dari Nenek



Makasih nenek..teringat lak zaman kawin dulu tak de pulak bertiara2 ni tak sempat

Dapat Hadiah Cheese Cake!!!


Syukurlah rezeki melimpah ruah sejak 2 menjak ni..ada je kawan2 memberi..kawan hubby juga..
Thanks Kak Rose..kejutan yg tak disangka..tiba2 ada sebiji kek atas mej kat sekolah..cheese cake faveret lagi tu..!! Love u kak Rose...sebenarnye yg korang layan ni gambarnye je..tapi yg tersuratnya dah habis dimakan oleh ku...sedap2..

Dari Azatie...


Jalan jalan umah kawan2 terjumpa bunge ros yang sangat cantik ni..lbh2 lagi kita peminat bunga ros..terus ambik tanpa segan silu dah..thanks atie..moga persahabatan ini kekal walau hanya di alam maya..mana tahu kalau diizinkan Tuhan...boleh jumpa kat luar pulak kann!

AWARD FROM MAZ


Thanks Maz..bagi award ni..pes taim dapat award ni..makacih2...

Piknik Tepi Pantai Tanjung Aru.

Cuti sekolah ari tu tak sempat nak bercuti jauh..cuma ini je yg dapat buat...apa2 pun ank tetap suka..yelah dapat mandi....

Cenderahati kenduri kahwin


Salam semua...ini selingan jer..ini sebenarnya hubby dapat masa pergi kenduri kahwin sabtu lepas kat Papar umah sedara kawan sekerja..unik jugak kan!!!

MAJLIS AKAD NIKAH RAKAN SEKERJA MAZLAN & KHATIZAH



seronok btul pergi majlis akad nikah kawan saya ni..lebih2 lagi ramai kawan2 sekerja datang memberi sokongan sebagai wakil pihak lelaki..maklumlah Lan ni orang Johor jadi saudara tak ramai yang datang..
Ikutkan hati memang tak dapat nak datang..kebetulan pulak my hubby pun ada jemputan kawin dr sek dia...tapi bila pikir balik.kawan dengan Lan ni dah lama sejak mula2 dtg sek lagi...tak sanggup pulak biarkan dia..lebih2 lagi saudara yg datang jauh..takde pengangkutan..jadi saya ambik keputusan angkut tiga2 anak bawak pergi majlis...
Mujurlah tak berperangai diorang ni..

Apapun..semoga mereka berdua berbahagia hingga ke akhir hayat..InsyaAllah

Sukan Tahunan Sekolah di Stadium UMS



ini antara acara2 akhir pada hari penutupan Majlis Sukan Tahunan Sekolah..yang kat atas tu guru2 ngan ibubapa ikut acara 4 x 100m terbuka..seronok tengok diorang lari...amat menghiburkan



Ini pulak pertandingan pompom girl ikut rumah sukan ...kat sek saya ada 8 buah rumah sukan memang meriah...


Perbarisan rumah sukan ikut rumah dan unit beruniform..sporting betul budak2 ni...kat atas tu rumah sukan biru muda dan maroon,


Perarakan perbarisan..yang kat atas tu rumah sukan oren, kuning, biru tua dan purple. berwarna warni kan!! tapi kalau yang sanggup ikut perbarisan ni cuma tingkatan 1 jer..budak2 besar tak mau dah panas alasannyer...apa2pun syukur cuaca semalam tak panas sangat..just nice la


Gambar kat atas ni perbarisan unit2 beruniform sekolah..semuanya bersemangat!!

Kat atas ni pulak kumpulan kompang .... beria2 mintak ambik gambar, yang dibawahnya pulak kumpulan kebudayaan sekolah mempersembahkan tarian tradisional dengan berpakaian tradisi..kebanyakkan diorang ni pelajar kelas saya



Kat atas ni barisan petugas statistik yang begitu tekun merekod keputusan dan membuat analisis siapa penerima anugerah olahragawan/wati dan lain2 anugerah lagi, tak lupa juga para petugas hadiah, yang pegang botol tu kawan baikku..dan orang yang paling sibuk kemarin kalau ada anugerah untuk guru2 semalam memang dia yang paling layak dapat..syabas kawan2!





Yang ni pulak urusetia sukan..siapa lagi aku ler tu..kena kalungkan pingat bagi pemenang lagi..suka2 hati pengacara majlis jer nak panggil guru yang bagi hadiah..he..he..



Gambar2 ini pula antara orang2 kuat dibelakang tabir yang menjalankan tugas penuh dedikasi



Buat warga sekolahku semua..teruskan berusaha walau dalam apa jua bidang sekalipun...kami warga pendidik akan menyokong sedaya mungkin..tahniah kepada pemenang..usaha lagi bagi yang kalah

Harith haikal menempuh alam baru


Pejam celik dah besar anakku ni....harap-harap akan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails