Followers

Showing posts with label Hidangan ikan. Show all posts
Showing posts with label Hidangan ikan. Show all posts

CENCARU SEKSI BAKAR


Ikan cencaru atau ikan jaket biasanya dimasak letak sambal kelapa kat dalam isinya...tapi asben tak suka..jd ejas sikit la.....

Sebenarnya jarang sangat beli ikan ni..nape yer??...agaknya asben takut ngan jaket tu kot! hehe

Resepinya mudah jer

BAHAN2
2 Ekor ikan cencaru(belah seksi kat belakangnya)
3 ulas bawang merah*
2 biji lada merah*
6 biji cili padi*
sedikit garam*
sedikit gula*
segenggam asam jawa

CARA2
Tumbuk bahan2 bertanda *
kemudian campurkan asam jawa sehingga sebati
Pastu lumur2 kat bahagian belah tadi dan keseluruhan ikan tersebut
Balut ngan kertas aluminium dan bakar dalam oven hingga masak

STIM IKAN PUTIH


Antara masakan yg menjadi peberet...kalau lauk camni..saya ratah jer la...nak membuatnya pun senang campak semua bahan then kukus...
Atau kalau ader yg nak mencuba resepi ni boleh rujuk kat bawah..

BAHAN2
seekor ikan putih(boleh gak ikan lain)
3sb sos tiram
3 biji limau kasturi(jus)
3 ulas bawang putih diketuk kasar
1 biji bawang besar dimayang
 2 batang serai dititik(time ni saya lupa nak letak)
1 sb asam boi
6-7 biji cili padi diketuk/dihiris(nak pedas tambah sendiri)
sebiji tomato..didadu
1 inci halia dihiris

CARA2
Gaul semuanya kecuali tomato dan bawang besar
Kukus ikan..bila dah hampir masak tabur bawang besar
Saya suka makan tomato mentah jd saya letak sewaktu menghidang...so terpulang pada semua
saya x letak garam sebab sos tiram dah cukup masin.

IKAN GORENG SOS MASAM MANIS


Bila saya beli ikan kerapu mesti nak masak sos...kalau stim saya suka ikan putih...isi ikan kerapu ni memang best la..memang peberet my famili...harap2 la asben dapat pancing ikan ni lagi!

Resepinya rasanya ramai yg dah tahu kan! tapi saya tulis jugak utk rujukan sapa2 lah...

IKAN GORENG SOS MASAM MANIS

Bahan2
Seekor ikan kerapu(gaul garam dan kunyit..then goreng)
1 1/2 biji bawang bombay dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
1biji tomato masak dikisar
2 hiris nenas dikisar
2 sb cili kisar
2 sb sos cili
2 sb sos tomato
1 biji bawang besar dimayang kasar
semangkuk kecil nenas dihiris kecil
2 batang serai dititik

Cara2
Tumiskan cili kisar seketika
Kemudian masukkan semua bahan kisar lain dan serai..masak biar pecah minyak
masukkan sedikit air, sos tomatoto dan sos cili..masak hingga mendidih
masukkan pula bawang besar, dan nenas
perasakan garam dan gula secukupnya..
Bila dah masak tuang sos atas ikan yg telah digoreng tadi

GULAI IKAN TENGGIRI


Gulai ikan tenggiri ni mengingatkan ayah kat kg...kalau bab gulai memang his peberet la terutamanya kalau perap dulu semalaman ikan tu ngan garam...then baru gulaikan ikan tu...


Tapi yg saya gulaikan ni x perap ngan garam pong..nama gulai ni mok saya panggil gulai kunyit kuah(lengkuas)...senang dan sedap....

Ni resepinyer..

GULAI IKAN TENGGIRI
Bahan2
seketul ikan tenggiri besar(then potong 4)
4 cawan santan sederhana pekat(1 cwn santan pekat, 3 cwn santan cair)
1 biji bawang bombay dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
1/2 inci lengkuas dikisar
2 sb cili kisar
sekeping asam keping
2 biji cili merah belah 2
4 batang kacang panjang dipotong
1 biji tomato belah 2
garam, gula secukupnya

Cara2
panaskan santan dalam periuk
Masukkan bahan kisar dan biar seketika
masukkan ikan dan asam keping..biarkan seketika dalam api yg kecil
Pastu masukkan cili merah, kacang panjang dan tomato
Perasakan garam gula secukupnya

*untuk gulai yg lebih sedap lebih elok masak lama sikit dengan api yg kecil baru boleh hidangkan ngan nasi..



IKAN BAKAR BERSAMBAL


ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT MALAM..

3 hari ni kelam kabut sikit..asben p kursus..jd terpaksa ambik dan hantar anak pg sek...dan pada masa yg sama kena pg kerja jgk...tp ni lah antara risiko kalau xde pembantu rumah...

Walau camanapun tetap bersyukur kerana asben dan anak2 sgt memahami..saling tolong menolong..(puji melambung ni cam ade aper2 jer ni! hehe)..

Hari ni nak masukkan new post...dah lama nak makan simple camni...akhirnya tercapai juga..
Dapat resepi sambal ni dari akak cleaner kat tempat kerja..tp biasanya dibuat utk makan ngan ikan masin...jd olah sikit utk sesuaikan ngan ikan bakar ni..(rasanyer mak saya panggil panggang tawar)

bahan2
2 ekor ikan..(cuci bersih dan bakar hingga masak)

Bahan2 sambal
2 biji cili merah
6 biji cili padi(kalau nak pedas la)
2 ulas bawang merah
sedikit belacan
sedikit garam dan gula(agak2 jer ikut citarasa masing2)
3/4 biji limau kasturi

Cara2
Semua bahan sambal ditumbuk kecuali limau kasturi...
perahkan limau kedalam sambal (boleh gak hiris2 limau dan masukkan dalam sambal)
Pastu letak sambal atas ikan bakar..
boleh perah lagi limau jika suka...siap

IKAN SINGGANG SERANI


Assalamualaikum..selamat malam semua..
Hari ni..nak tayang kesinambungan last entry...ini adalah lauk yg telah disediakan hasil daripada tangkapan mancing asben tempoh hari...Ikan singgang serani ni tengok kat MyR yang diupload oleh Blogger terkenal bab masak memasak ni iaitu Mat Gebu..boleh klik sini untuk resepinya..dan saya copy jgk utk rujukan akan datang sebab sedap rasanya..biasa singgang besa2 je..bila ade kelainan cam gini nampaknya anak tekak ni laju gak masakan gini...sebenarnya memang antu lauk singgang ni...boleh bertambah2 nasi..tgokla partner kat bawah tu..ulam dan budu!
Ok ni resepinya

Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

  • 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua(guna ikan lain..xtau nama)
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 - 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jgn terlalu lumat)
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air dan tapis jusnya
  • 1 kiub ikan bilis "Maggi"(x letak sbb xde)
  • Sedikit garam dan gula (kalau suka)
  • 1 camca besar minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan2 ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing2). Biarkan mendidih.
  2. Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dgn nasi panas....sertakan dgn ulam2man dan sambal belacan.


Kat atas ni pulak ikan goreng cam biasa tulah..gam dan kunyit....yg ni memang best apa lagi kalau ikan segar kan..manis ikan tu yg best!


Ni pulak..apa lagi penambah selera ulam daun selom dan semestinya budu...x pandang org sebelah ni time makan...hehe


Sayur bendi goreng sebagai penambah lauk..


GULAI KAN TENGGIRI


Salam semua..next entry kedua hari ni...ni pun gambar lama2...gulai ikan tenggiri ni saya suka masak macam mak saya buat...gulai yg x guna rempah...biasanya mak saya sebut gulai kunyit lengkuas je

ok..malas nak membebel panjang..trus tulis je resepinyer...

BAHAN2
seketul kepala ikan tenggiri
3 cwn santan( kalau x brp suka byk kuah..sikit dah le)
2 sb cili boh
sekeping asam keping
garam dan gula

BAHAN KISAR
1 biji bwg bombay(xguna bwg merah mahal sgt!!)
2 ulas bwg putih
2 cm halia
2 cm kunyit
2 cm lengkuas
sedikit serbuk ketumbar/jintan manis/jintan putih (ni pengganti rempah cap bunga ros)

CARA2
Letak santan dalam periuk dan didihkan
Pastu masukkan bahan kisar ngan cili boh
bila mendidih masukkan ikan dan asam keping
masak atas api sederhana yer
perasakn garam dan gula

**mak saya cakap..kalau masak gulai renehkan atas dapur biar lama jadi kuah tu akan jadi lebih sedap..

IKAN GORENG RAMPAI


Salam semua yang berkunjung kat sini..kalau ader la.. hari ni meneruskan Sabtu dengan bekerja..owh bila la hari Sabtu nak rest ni...Balik skul...rehat2 jap..x rehat gak sbnarnye..sambil2 duduk..ader je yg nak buat..lipat2 baju..kemas2 umah..kalau tak kalut woo hari ahad...

entry kali ni pasal ikan putih yang digoreng..ingatkan nak goreng gitu jer..tapi memandangkan byk jgk sayur2 yg blum di sentuh lagi..maka kuhiris2 kutabur2 cam bunga rampai gitu...
masaknye simple jer...tumis bawang putih cincang then masukkan sos tiram ngan sedikit air pastu campakla sayur2 yg ader...kat dalam gambar tu ader bwg besar..karet..lada benggala dan serai yg dititk...pastu bila dah pekat...siram jer kat atas ikan yg digoreng..ikan tu gaul ngan garam ,kunyit dan asam limau.

Teringin betul nak melawat chef2 yg pakar btul memasak kat blog lain..tp hari ni macam blum mengizinkan..harap2 malam ni bolehlah jalan2 kejap ...

Ok la utk enty kali ni..next time plak ye...bye!!!

IKAN GOLEK


Salam semua..moga2 yang datang jenguk kat sini sihat2 selalu...terima kasih juga kerana datang ke blog ini...hari ni memang sibuk...kalau ada masa terluang malam nanti InsyaAllah..saya akan menjenguk kawan2 blogger...

Hari ni nak tayang resepi yg dah selamat masuk dalam perut...ikan golek..resepi ni ambik kat majalah saji...sedaap...

BAHAN2
1 ekor ikan(apa2 yg sesuai la) dibersihkn dan dilumur garam
air limau nipis saya tambah masa memerap ikan
250ml santan

BAHAN2 KUAH dikisar
4 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm kunyit hidup
sedikit garam
1btg serai(yg ni saya tambah)

CARA2
Panggang ikan atas api sederhana,biar setengah masak,ketepikan.
Masukkan baha2 kisar bersama santan didalam periuk dan masak menggunakan api sederhana sehingga mendidih.
Tuang kuah pada ikan dan panggang semula ikan hingga masak.
Tuang baki kuah atas ikan ketika menghidang.

SINGGANG ASAM PEDAS

lauk ni peberet saya masa belum kawin dulu sampai la sekarang...masa belum kawin memang x pernah masak ni sebab kita memang suka yg mak masak...kalau mak masak kuahnya saya hirup sampai licin...



teringat kat mak..kalau dulu2 bila balik dari asrama sekali sekala apa jer yg aku sebutkan mesti dia masak..maklumla anak bungsu nye kan!...tapi sekarang mak dah makin berusia..masak pun dah x larat..sakit sendinye makin menjadi2..saya pulak kadang2 terasa menjadi anak yg kejam..hanya mampu bertanya khabar melalui telefon je...jarang betul ada sewaktu dia memerlukan...yelah pulang kampung setahun sekali..sekarang ni jer sejak ada tambang murah boleh pulang 2 kali stahun...sebak rasanya..tapi doaku tak pernah putus untuk mu mak dan ayah..

Ops..dah lari dari topik...tapi resepi ni pasti menjadi nostalgia buatku...dan rasa gembira bila anakku yg sulung sudah mula menyintai lauk ini...

BAHAN2
2 ekor ikan kerisi (kalau besar potong 2, tp saya suka yg kecik kalau masak cam gini)
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
2 sb cili boh
sedikit kunyit hidup di kisar
sedikit halia dikisar
sedikit lengkuas dihiris
2 keping asam
4 tangkai daun kesum
garam dan gula secukupnya
Air( saya suka letak byk sebab anak2 termasuk saya suka makan byk kuah)

CARA2
Didihkan air dan masukkan bahan kisar dan lengkuas
Masukkan pula asam keping biar seketika
Kemudian masukkan ikan dan daun kesum ...
perasakan garam dan gula..reneh sekejap dan bolehlah dimakan ngan nasi putih yg panas2...

IKAN GORENG JINTAN


resepi ni tengok kat dapur Mat...walaupun simple tp x pernah lak goreng letak jintan..jadi bila tertgk jer tu konpiden la ingat resepi ..so masa gaul td pun x tgok dah resepinya...rupa2nya byk pulak derhaka pada resepi asal..sori bebyak yer tuan punya resepi dan mintak izin letak kat sini resepi tu yer supaya x menderhaka lagi...hahaha

IKAN GORENG JINTAN....

sumber: Dapur Tanpa Sempadan (CMG)

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan tamban sardine @ 3 ekor ikan kembong hijau
3/4 inci kunyit hidup* (kita guna kunyit serbuk jer)
2 ulas bawang putih* (x letak sebab x ingat)
1 camca teh jintan kasar* (yg ni dua2 jintan kita letak)
1 batang serai, hiris halus* (yg ni pun lupa)
Garam secukup rasa*(*ditumbuk hingga halus)
2 camca besar tepung beras ( hehe yg ni tertukar tepung jd tepung jagung..haha)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tamban disiang, cuci bersih dan kelar kecil2. Kemudian lumur rata2 dengan bahan tumbuk halus tadi. Perap 20 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan) tabur tepung pada ikan tadi, gaul rata2 dan goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian ikan tadi, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan....Hidangkan panas2..

TUMIS IKAN JEBONG

Menu ketiga ari ni....x sempat nak edit da gambar2 ni....ikan ni kat trg digelar ikan jebong..x tahu pulak istilah sebenar..sori yer nama2 ikan ni memang gagal trus...tapi kat sini dipanggil ikan ayam laut...kalau ader sesape yg tahu kasitau yer..leh tambah ilmu
Ikan ni peberet my hubby...yg susahnyer nak buka jaketnyer yg tebal tu..kalau kat trg penjual ikan leh tolong tp kat sabah ni x pulak diorg buat..sebab biasanya mereka bakar jer ikan ni..jadi terbuka sendiri la jaketnye tu...kalau my ayah pulak suka masak gulai....tp kalau mr. hubby tumis cam gini la peberetnyer....beli 2 ekor..yg 1 dah try bakar cicah air asam...sedap jgk...tp x nyempat nak snap, dah selamat masuk perut...

Okay...ni resepinyer

BAHAN
sekor ikan jebong dipotong
sebiji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
2 sb cili kisar
sedikit halia kisar
secawan air asam jawa(jgn terlalu pekat)
sedikit air
bawang besar dimayang bulat
garam dan gula secukupnya

CARA2
tumis cili kisar hingga garing kemudian masukkan bahan kisar yg lain
masak hingga terbit minyak...
masukkan pula air asam dan ikan...tambah air jika perlu
bila hampir masak perasakan secukupnya dan masukkan bawang besar.

IKAN GOLEK..


Selamat malam semua...moga sihat2 selalu...saya kat sini dah dua hari cuti..sakit mata la pulak...cam hantu pocong yg merah matanyer tuu!..sama2 En.Asben lagi tu...nak menaip ni pun cam rabun2 jer...mujurla sekarang kat sek sedang exam percubaan..x terganggu la budak2 belajar..risau ni spm dah dekat tul...harap2 anak didikku bersedia untuk hadapinya...

hari ni nak masukkan entry beberapa hari lepas ikan golek...sebenarnya mak kita panggil ikan golek..tp caranya cam ikan percik...kita pun ubah sket stail mak kita..buat cam percik..kalau mak kita x bakar dia trus letak ikan dalam kuah tu...
ok kat bawah ni kita letak resepi yer..mana tahu ada yg nak cuba..

bahan2
2 ekor ikan kembung..yg besar lagi best rasanya - dibersihkan dan dikelar

5 ulas bawang merah kisar

seulas bawang putih kisar
1/2 inci halia kisar

1 inci lengkuas kisar

1/2 inci kunyit hidup di kisar
2 sb lada kisar
2 batang serai dikisar
sekeping asam
garam dan gula secukupnya
1 1/2 cwn santan pekat

1 batang serai diketuk

Cara2
Campurkan bahan kisar dengan santan dan didihkan di atsa dapur..
masukkan asam dan ikan seminit sahaja..keluarkan ikan dan bakar.
ketika bakar percikkan ikan dengan kuah (gunakan serai yg diketuk sbg alat) dan balik2 balikkan hingga ikan masak.
perasakan garam dan gula..

Masakkan kuah diatas api yg kecil hingga pekat.curahkan kuah keatas ikan tadi.

IKAN BERENANG??


Salam hujung minggu semua kawan2 blogger....menyepi jap dua 3 hari ni...cuma p jalan2 umah kawan2 tp sbg sleeping reader jer...tgk2 resepi...cbuk jgk ni..tu yg x sempat nak tulis n3...
ok hari ni nak tayang resepi simple jer...tapi asben kita suker....dulu2 masa duk asrama kami panggil lauk ni ikan berenang..mungkin sebab masak cam gini banyak kuah...boleh ikan tu berenang2...hehe..
ekceli resepi ni ikan masak tumis jer cuma kelainannya tumis ni x kering tapi berkuah cam sup itu jer...maklumla tekak asben x sah kalau makan nasi x de lauk yg berkuah byk...

ok..kita tayang resepinyer..

Bahan2
2 ekor ikan kembung...leh gak guna ikan lain( kalau besar potong 2)
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar air asam jawa
2 cawan air
garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar mayang

Cara2
Tumis cili kering hingga terbit minyak, masukkan bahan kisar dan goreng hingga garing masukkanpula air asam dan air hingga mendidh
Masukkan ikan dan perasakan garam dan gula
Bila hampir masak masukkan bawang besar..dan bila masak bolehlah makan dengan nasi putih.

IKAN KUKUS SOS TIRAM

Salam hari sabtu semua...masih banyak open house yg perlu dipenuhi ker?...saya pun masih terima jemputan hari ni...dan seperti yg kuduga..badanku naik macam dipam2..ramai yg jumpa saya mesti tegur ..nape badan cam di pam2?? OMG...camne nak kurus balik ni..help2!! sendiri cari pasal sendiri tanggunglah kan!
ops lupa lak..ikan yg kat bawah ni lah hasil mancing asbenku yg tercinta ari tu.....dah gila mancing btul skrg ni..esok pergi lagi....jgn tukar kerjaya dah le yer bang oii...harap2 dapat yg laaagi besor...
ikan ni saya masak stim jer..bahan2 pun ikut apa yg ader jer kat umah..skrg ni kan cam malas btul pergi pasar..sebab tu la byk stok dah xde...kalau nak cuba tgklah resepi tu..kalau ikan fresh bakar kosong gitu jer pun dah sedap kan!...


Bahan2
seekor ikan putih/ ape2 jer lah dah yg ni jer asben saya dapat..
sedikit garam
2 sudu besar sos tiram
sebiji limau nipis ambik jusnya
2 btg serai diketuk
6 biji cili padi..bergantung ler nak pedas camaner kan
3 ulas bawang putih di ketuk kasar
sebiji bawang besar dimayang
4 btg kacang buncis
setengah biji karot dipotong memanjang
sedikit halia dipotong memanjang

cara2
gaul ikan ngan garam, sos tiram,bawang putih, jus limau, cili padi dan serai. kukus sehingga hampir masak lepas tu baru ditabur bahan2 lain dan kukus hingga ikan masak..hidangkan ngan nasi panas..sedap..

IKAN PEKASAM BERCILI


Ikan pekasam ni kawan asben yg bagi x abih2 lagi so boring goreng macam tu je..tukarlak style ngan goreng bercili....sempoi tp sedap..rasa asam2 sikit..lauk ni partner ngan udang mamak dan sup sayur..burppp kenyang...resepinya sempoi jer leh tgk kat bawah yer

Bahan2
3 atau lebih ikan pekasam digoreng
2biji cili merah ditumbuk
4 atau lebih cili padi..kalau suka pedas ikut korangla nk letak berapa yer
gula
grm..kalau ikan dah masin sgt x payah ler.
air limau nipis dari sebiji limau

Cara2
gaul rata semua yg ditumbuk dan perasakan grm gula dan air limau nipis..lepas tu letak kat atas ikan tu ..dah siap

IKAN MASAK ALA KUNG PAO

Salam sume ...hari ni Alhamdulillah sekolah xde pape program..so bolehlah mengadap blog sekejap...tapi start next week memang sibuk sgt..
ok hari nak masukkan gambor yang masih lagi tertunggak beberapa hari lepas..ikan ni beli kat tamu..RM8 sekilo..dapatle 2 ekor...tp sampai rumah je pening x tau nak masak ape..masam manis cam kerap je masak..stim pun sama...last2 bila ternampak je cili kering kat umah yg masih byk tu..teringat ayam kung pao...belasahje la ngan ikan..yg penting habis gak ikan tu masuk dalam perut... hehehe
Align Center gambar pun kabur2 jer kan...ye lah kamera kite dah rosak..yg tinggal hp jer...






IKAN GORENG CELUP TEPUNG


balik kg ari tu..kerap tul makan ikan ni..bila balik kk..teringin lak nak makan..pastu memang ada bawak sosnya jugak..emm memang laku..

ikan kukus berlimau


Tak tau nak letak nama apa ikan ni..okla tu kan!.. hehe

IKAN GORENG SOS TIRAM


Kalau dapat ikan segar..buat apa2 pun sedap kan!..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails