Followers

Showing posts with label hidangan kek dan muffin. Show all posts
Showing posts with label hidangan kek dan muffin. Show all posts

KEK PISANG GEBU

Kabur jer gambar ni....cam mata tuannyer jgk ni...ok..sekarang ni macam nak mencuba baking2 lak..dah tua br nak blajar yer!...sblum ni ader jgk try tp byk kali gak bantat jer kek..jd kesimpulannya trus merajuk nak buat kek...

Tapi tiba2 lak asben request buat kek pisang ..alasannya x nak membazir...maka isteri mithali ni trus buka internet cari2 la resepi yg senang2..akhirnya terjumpalah ni resepi..

Berdebar gak nak buat ni..takut bantat lagi...tapi akhirnya jadi dgn jayanya kek ni....cuma sedikit manis mungkin pisang tu dah manis bangat...

opps ader lagi satu cerita..nampak tak i tak tayangkan keseluruhan kek ni..why?? sebab kat atas nya hitam manis gitu....x sedar rupanya terpasang api atas....mujur sedarnya awal..kalau tak..x jadi lagi la...

Resepi ni ambik kat blog jintanmanis...boleh klik sini atau saya dah copy kat bawah ni

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula (len kali nak kurangkan sket)
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

BLANDED ORANGE KEK


Assalamualaikum...selamat malam

hari ni mama budak baru belajar buat kek...cari2 kat MyR resepi yg senang2 akhirnya jumpa resepi Kak Fida ni yg cuma kisar jer..untuk org baru blajar memang sesuaaai sangat2 dan hasil pun amat memuaskan..

Cuma anak2 x brapa suka rasa oren tu..memang anak2 cerewet pasal makanan..tp mama dan abahnye telan jer semua...itu body makin comel skrg ni! ayat sedap hati sendiri jer ni..hehe

Sapa2 nak resepi boleh klik sini atau saya dah copy utk rujukan sendiri kat bawah ni


Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus(yg ni saya kurangkn 1 cwn..tp rasanya nk kurangkn sket lagi len kali)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA


Kek coklat ni tertengok kat blog hana Jipun tu...meleleh topping nyer...terus membuatkan kita pun x tertahan2..so kebetulan dah ada semua bhn trus jer buat...tapi kita tabur gula halus jer kat atas tu....walaupun visual kurang memuaskan..layan jer la..ni nak kena mintak sponsor beli kamera baru ni..yg ni pakai henpon jer...resepi ni di kopipes dari blog hana yang mana kepunyaan tuan kek ialah Munira

RESEPI KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

source : kak.noormasri@coretandaridapur
source: Hana's family

Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje - saya jgk
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar - saya guna susu skim sek yg anak punyer hehe
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde - x letak..nescafe dah keras haha
>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C
4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga - saya pun

Cara-cara
  • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
  • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
  • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.

KEK PISANG ..versi CT


kek ni terpandang katdapur CT..ambik resepi dah lama tapi br terbuat kemarin..memang sedap dan lembut..hubby suka..thanks CT nanti saya CnP resepinya yer..

Kek Coklat Kukus


Kek ini saya dapat bila jengok umah Hana..tambahan pula Haziq demam dan mintak buat kek coklat dari semalam lagi..so sebab kesian ku buat jugak alhamdulillah memang sedap resepi ni..lembut sangat dan lembap..hiasan kat atas tu ciptaan my heroes Harith & Haziq.rasanya Hana pun ambik kat Hasue ..tp saya copy kat umah Hana

kat bawah ni yang telah dikeluarkan dari loyang
Ini pulak yang baru siap dikukus..camane nak buat supaya tak merekah terlampau2 cam ni??

Bahan-bahan

Bahan A:

2 cawan tepung

1 cawan koko

1 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil serbuk penaik

2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat

Bahan B:

4 biji telur

1 cawan marjerin cair - saya ikut cam hana guna minyak masak

1 cawan susu pekat

Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
  2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
  3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
  5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
  7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)

versi bakar. still moist!

Utk Topping
1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.


Muffin Coklat Kukus


Menjadi jugak muffin ni akhirnya..sebelum letak dalam bekas kat atas tu..aku try letak dalam paper cup..tapi beli yg kecik..tengoklah berhimpit2 jadinya..yang penting rasanya sedaap..ni jengok resepi dari dapur..x ingatlah pulak mintak halal yer!!


Muffin cokelat kukus

Bahan2 (A)

2 1/2 cwn tpg gandum

1/2 cwn koko

1 cwn gula perang

2 sudu besar gula halus

2 sudu kecil bikarbonat

1/2 sudu kecil garam halus

Bahan2 (B)

1 cwn susu cair (saya guna susu kotak anak yg free kat sek...he..he..)

1 cwn minyak jagung

1 cwn air panas

1 sudu kecil esen

Care2nye :

Panaskan kukusan .

Ayak tpg , serbuk koko , soda bikarbonat .

Gaulkan kesemua bahan2 (A) supaya sebati

Masukkan pula bahan2 (B) dan gaulkan rate2 hingga sebati .

Masukkanadunan kedlm paper cup dan kukuslah selama 25 minit dgn api sederhana .





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails