Followers

Showing posts with label Hidangan seafood. Show all posts
Showing posts with label Hidangan seafood. Show all posts

GULAI UDANG DENGAN NANAS


Suka pergi Tamu Menggatal...sebab dapat beli sayur dan ikan yg agak murah...nanas ni saya dapat RM1 sebiji..apa lagi borongla..tapi bila dah tamak tak tau nak masak apa lagi..hehe padan muka..

Pikir2 punya pikir jadilah lauk ni..gulai yg saya suka buat kalau masak ikan..cuma kali ni tukar ngan udang...

Bolehlah tengok resepi ni kat bawah yer

BAHAN2
1 biji bawang besar dikisar
1 inci halia kisar
1 inci kunyit hidup kisar
6-7 biji cili padi kisar
2 sb cili boh
2 ulas bawang putih kisar
1/2 kg udang bersihkan
4 cwn santan sederhana cair
semangkuk cawan dihiris
2 btg seai dititik

CARA2
Panaskan santan dalam periuk
masukkan bahan kisar dan cili boh
bila mendidih masukkan udang ngan nanas..
Perasakan garam dan gula secukupnya...bergantung pada nanas yg manis or tak
dah siap

UDANG GORENG KACANG BUNCIS


Salam mesra....hari ni nak upload gambar2 basi da... ni masak udang segar lagi u!! melompat2 lagi time beli...jadi kalau dah beli yg segar cam gini x nak lah masak berat2 nanti hilang manisnya lak..tumis je bawang besar kejap pastu ku campak udang ngan kacang buncis..pastu perasakan grm ngan gulanya da siap...senang je kan!..yg penting rasa udang tu...x leh nak cakap..manis rasanya!!!
ok jumpa lagi next entry yer!!

SOTONG MASAK ASAM

Salam ceria semua ..hari ni rasa hepi...dapat layan anak2 tanpa beban kerja.....kalau tak asyik pantau anak2 cam pakai 'remote' je...diorang pun nampak hepi bila diberi perhatian yang lebih dari biasa....ye lah kalau dah bizi...buat sket je salah ini salah itu salah...padahal mereka tu cuma mintak perhatian je kan...diharapkan mereka akan faham bila besar kelak...



ok..rasanya lama dah x masukkan entri masakan..malas nak snap sebenarnya....tapi hari ni macam terajin la pulak..jadi hari ni entri pertama ialah sotong....sotong masak asam..pandai2 je letak nama..

Bahan2
1/2 kg sotong bawang besar di mayang halia dihis halus memanjang sedikit daun bawang jika suka secawan air asam jawa (jgn terlalu pekat)

bahan kisar
7 keping lada kering(terpulang kepedasan anda) 1 biji bawang besar 3 ulas bwg putih sedikit belacan

Cara2
Tumis bahan kisar hingga terbit minyak masukkan air asam jawadan biar seketika Masukkan pulak sotong Bila hampir kering masukkan halia hiris dan bawang besar. dah masak hidang ngan daun bawang...siap

SAMBAL TEMPOYAK UDANG



Ni resepi hari ni tau..ok berjaya gak hari ni nak masukkan entry terkini... udang ni masak utk mkn mlm ni... dah lama simpan resepi ni...ngam2 lak asben wat blk udang ..walaupun x ckup bhn ttap sedap thanks kak liza...ok resepi kat bawah ni copy dari kak liza yg glamer tu!! mintak halal yer...


SAMBAL TEMPOYAK UDANG


Bahan

500 gm udang sederhana besar [buangkan kulit]

2 papan petai [ambil isi] - x letak takde kat umah

3 sudu besar tempoyak

2 helai daun kunyit [koyakkan] - pun x letak

1 sudu kecil gula

Garam secukupnya


Bahan Mesin

5 tangkai cili merah -saya guna cili boh jer

7 tangkai ciliapi

5 ulas bawang merah

Cara

1. Masukkan bahan mesin, tempoyak dan daun kunyit dalam periuk.

2. Masakkan sehingga naik wap. Kacau rata.

3. Masukkan petai, udang, gula dan garam.

4. Kacau rata dan masakkan sehingga agak pekat.

5. Masukkan dalam pinggan dan hidangkan.

UDANG GORENG MAMAK


Salam semua..hari khamis yg sungguh sibuk hari ni duk kat sek sampai petang..balik je berkejar pg nursery ambik anak...adui penatnyer...esok bersambung lagi sampai malam...urus kem akademik SPM...sampai jer trus masak utk wat bekal asben tercintaku pg mancing..oh my asben..tersangat komited ngan mancing...harap2 le bawak pulang ikan besor2 yer bang!
Lauk yg kumasak kat atas tu bukan yg mlm ni tau..itu yg semalam punya...resepi ni tengok kat umah kak Jun , tp kak jun dah tukar ngan sotong dan resepikat bawah ni dari puan Hana Jepun yg diambik lak dari soda hikari..uih panjangnya asal usul resepi ni .. ku tergoda tgok gambor yg ditayang tu...ditambah lagi bila ku singgah kat tepi jalan tu ada lak udang yg fresh..maka jadilah resepi cam yg korang tngok tu..resepi saya copy dari hana..

Bahan-bahan
  • 1 kilo udang - kalo udang galah, lagi terbaekk punya - ade udang kurus jerk! (saya buat 1/2 kilo jer)
  • 2 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 biji bawang putih - cincang
  • 1 cm halia muda - tumbuk
  • 1 batang serai - di ketuk
  • 1/2 cawan air/stok ikan
  • 1 susu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari ikan - lenkali nk lebihkan skit
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 senduk gulai cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun pandan
  • Garam, gula serbuk lada sulah
Cara-cara
  • Perapkan udang dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
  • Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, ketepikan.
  • Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
  • Last, masukkan udang, balik2 kan & tutup api.

KETUPAT SOTONG..

Time ni p pasar..banyak sotong besar2 dan segar bugar...terus teringat makanan kesukaanku..ketupat sotong..emm yummy!!!

Tumis udang

Bekal yang simple tuk asben p mancing..ok la tu..

SAMBAL TUMIS SOTONG DAN UDANG


ni gara2 nak habiskan stok udang yang ada 2,3 ekor lagi tu..jadi trus mix dgn sotong sekaligus he..he.. ni org malas punya keje lani

Tomyam Seafood Putih


Pikir2 nak masak apa lagi nak habiskan stok udang..kalau lama2 tak segar lak udang tu.. belek2 stok terjumpa perencah tomyam putih..trus bantai buat...sapa2 nak bawak mangkuk sendiri aa

Udang Goreng dengan Kacang Panjang

Balik dari pitas..nampak di tepi2 jalan ramai orang kampung menjual udang segar...jadi tanpa membuang masa terus beli..memang fresh..dah penat sampai kk..hubby dah masak nasi so tambah satu lauk lagi udang segar ni trus ngap..

Ketam Lemak Cili padi dengan Belimbing Buluh


Hik..hik..punyalah panjang nama resepi ni...sebenarnya belimbing buluh tu jumpa kat pasar tadi..susah btul nak jumpa..dah jumpa trus belila..konon nk wat nasi dagang..tp x tau bila la..so suka hati jer masukkan dalam masakan ni..not bad still sedap la..

Sotong Masak Kari Simple

Buntu nak masak lauk aper..tiba2 jer aku dapat idea nak masak cam gini..boleh tahan jugaklah rasanya

Kerabu Sotong


Nak perabihkan stok sotong yang ada 2,3 ekor tu...bunga kantan pun masih ada..maka terbuatlah kerabu ni

Bahan2
  • Beberapa ekor sotong hiris dan rebus sekejap
  • 2 batang serai dihiris nipis
  • 5 -10 biji cili padi dihiris
  • bunga kantan dihiris nipis
  • 3 ulas bawang merah dimayang halus
  • 3 sudu besar air limau nipis
  • garam dan gula
  • Timun dipotong dadu
  • Tomato dipotong dadu
Caranya

Satukan semua sekali..dah siap.

Tomyam Seafood

Tomyam memang sedap dimakan time takde selera..rasa masam dan pedasnyer memang menyelerakan..kalau saya mesti combine ngan telur dadar dan cendawan goreng.klau makan kat luar pun memang order set macam ni lah....so layan resepi ni..

Bahan Tumis
  • 4 ulas bwang putih diketuk
  • 1 inci halia diketuk
  • 1 inci lengkuas hiris kasar
  • 1 biji tomato cincang
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan anda)
  • 2 batang serai dititik/dihiris kasar
  • 1/2 paket pes tomyam (sya suka guna adabi)
Bahan-bahan lain
  • sebiji bawang besar dihiris memanjang
  • Bunga kubis di potong
  • Putik Jagung di potong
  • Tomato belah 4
  • Udang dan sotong (direbus telebih dahulu untuk mengelakkan kuah menjadi manis)
  • Ikan Tenggiri dipotong kiub kasar
  • 2/3 keping Asam keping
  • 3 helai daun limau purut (lupa nak letak)
  • Garam,gula dan sedikit perasa
  • Air secukupnya,
Cara membuatnya

Tumis bahan tumis dengan sedikit sahaja minyak sehingga wangi. (kalau x nak tumis pun takpe, campak je terus dalam air yang mendidih)

Masukkan air secukupnya dan asam keping.

Bila mendidih masukkan kesemua bahan dan perasakan..jangan masak terlalu lama, nanti sayuran lembik dan sotong menjadi keras.

Sedia dihidang.

Sambal Udang Daun Limau Purut


Bahan-bahan
  • 300gm udang basah
  • 3 helai daun limau purut dihiris nipis
  • 2 batang serai dititik
  • 2 sudu besar Cili kering di kisar/cili boh
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1cm kunyit hidup

Cara-cara
Tumiskan cili kering/cili boh dan serai sehingga pecah minyak dan masukkan bahan kisar.

Masukkan pula udang dan daun limau purut sehingga mendidih.Perasakan garam dan gula secukupnya

masak sehingga kering(jika suka)
Sedia dihidang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails