Followers

Karipap Inti Ikan

Bahan-bahan doh karipap(dpt dari myresepi ubah ikut saiz sendiri)
  • 3 sudu besar marjerin/butter dicairkan
  • Secubit garam
  • 3 ketul ais
  • 1 cawan air
  • 3 cawan tepung gandum
  • sebiji telur
Cara membuat doh
  1. Satukan garam air dan ais.
  2. Telur di gaul bersama tepung hingga menjadi seperti serbukroti.
  3. Masukkan marjerin dan uli hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan campuran air sedikit demi sedikit(jgn masukkan sekaligus nanti terlembik adunan)
  5. Leperkan doh dan gulung rapat-rapat seperti bentuk silinder. Biarkan sejam/bolehlah membuat inti.
  6. Hiris adunan setebal 1cm(hiris ikut keperluan makan sahaja.Doh yang lebih boleh disimpan dgn membalut dalam plastik dan disimpan dalam peti sejuk(boleh buat guna inti lain pulak)
  7. Leperkan hirisan tadi dan letakkan inti dan kelimlah guna tangan /alatnyer.

Bahan-bahan inti ikan
  • Isi ikan yang direbus/dipanggang kemudian ditumbuk(sedap guna ikan selayang/sardin)
  • 2 cawan santan sederhana pekat(saya guna santan kotak je)
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
  • 2 cm hali dihiris halus
  • 1 sudu kecil halba(tak letak pun takpe tp kalau letak aromanya wangi)
  • Garam, gula dan perasa.

Cara-cara
Campurkan semua sekali bahan dalam kuali dan goreng atas api sederhana sehingga kering.
Hati-hati letakkan garam supaya tidak terover masin.
dah siap..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails