Followers

Nasi Ayam

Bahan-bahan untuk nasi
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1/2 biji bawang besar(potong dadu)
  • Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang,cengkih dan buah pelaga untuk menumis
  • sehelai daun pandan(disimpul)
  • 2 cawan beras
  • 3 cawan stok ayam(rebus 1/2 ekor ayam tanpa ditambah apa-apa bahan)
Cara memasak nasi ayam
Panaskan mentega sehingga cair dan masukkan rempah tumis bersama daun pandan.
Masukkan bawang besar dan biar sehingga layu.
Masukkan stok ayam tunggu sehingga mendidih.
Masukkan beras dan masak seperti memasak nasi biasa.
Bahan-bahan sup
  • Air rebusan ayam
  • Halia hiris kasar
  • Bawang putih diketuk
  • Sup bunjut(biasa guna cap adabi)
  • 2 sudu lobak jeruk
  • Garam dan gula
  • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara membuat sup
Gunakan air rebusan ayam tadi, keluarkan ayam yang sudah masak.
Tambahkan air secukupnya.
Masukkan sup bunjut, halia bawang putih dan lobak jeruk, tunggu sehingga mendidih.
perasakan garam dan gula.Hidangkan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Cara menyediakan ayam.
Ayam yang telah direbus tadi gaulkan bersama kicap manis, sos tiram(lebihkan lagi sedap) dan madu.(Jgn tambahkan garam kerana kicap dan sos tiram sudah memberikan rasa)
Kemudian bolehlah digoreng ( tidak perlu goreng lama kerana ayam sudah masak).
Lebihan air perapan ayam boleh dijadikan sos kicap dan dimakan bersama nasi ayam.Untuk lebih sedap tambahkan sos tiram dan sedikit sup.

Cara menyediakan sos
Kisar cili merah, cili padi, seulas bawang putih,garam,gula dan sedikit cuka/perahan limau nipis.Untuk tahan lebih lama bolehlah dimasak sekejap dan boleh tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos.

Bahan-bahan sampingan

  • Daun salad
  • Timun dihiris
  • Buah tomato

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails