Followers

Kuih Lipat

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sekotak santan kecil
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Air secukupnya
  • sebiji telur
  • Sedikit kunyit serbuk(optional untuk warna sahaja)
Cara -cara
  1. Campurkan santan dan telur, pukul hingga sebati sahaja.
  2. Masukkan tepung gandum ,garam,serbuk kunyit dan air secukupnya.
  3. Adunan seperti membuat kuih ketayap atau cair sedikit daripada bancuhan cekodok.
  4. Sapukan sedikit minyak diatas kuali leper.
  5. Ambik sesenduk adunan dan gelekkan adunan supaya menjadi lebih nipis.
  6. Angkat dan letakkan inti dan lipat seperti dalam gambar.
* Ada sesetengah resepi menggorengnya dengan menyalutkan dalam telur yang dipukul selepas dilipat. Terpulang kepada masing-masing. Saya tak suka sangat sebab banyak minyak.

Bahan-bahan inti
  • 3 biji ubi kentang (potong dadu)
  • secawan daging/ayam cincang( cikgu guna daging burger je sebab itu je yg ada kat dalam peti ais)
  • 3 ulas bawang merah
  • seulas bawang putih
  • 1cm halia(dihiris halus)
  • 1 1/2 sudu rempah kari daging
  • garam dan gula
  • Air secukupnya.
Cara-cara membuatnya
Tumiskan bawang merah,bawang putih dan halia.Kemudian masukkan rempah kari (bancuhkan dengan sedikit air)
Masukkan pula ubi kentang dan daging.Perasakan garam dan gula secukupnya.Tambahkan air jika ubi kentang masih belum empuk. Masak sehingga kering

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails