Followers

CEKODOK PISANG


Cekodok pisang ni wat beberapa hari lalu..kiut kan! hehe..adunan ni lembik jer..sedikit jer tambah tepung ..itulah nampak penyek sikit..

ME & ANAK2..

Hari ni saje nak masukkan n3 tentang anak2 pulak.. sekurang2nye nanti dapatlah mereka tgok gambar2 masa kecik diorang pada masa akan datang..


Kat atas ni baby bongsu ku..buat masa ni lah kot! hihi...dah byk ragam Siti Nuha maisarah ni...semua percakapan abg2nya dia ajuk...memang ceria tul dia ada..bukan abg2nya saja mama dan abahnya pun diajuknye..


Yang ni pulak anak sulungku Mohamad harith Haikal....dah 7 thn..pandai layan adik2 tp manja sikit..tp Nuha suka btul main dgn harith ni sebab harith pandai memujuk...


kat atas ni pulak anak kedua Muhammad Haziq Huzairi...yang ni kuat betul mengamuk..kalau ada je yg x puas hati..apa2 brg yg ada kat tgnnya mesti dibaling kat mana2..tapi yg paling best dia ni suka bercerita apa sahaja yg berlaku dan suka bertanya apa yg dilihatnya...puas jgklah kadang2 memikir jawapannya!...

Apapun walau pelbagai kerenah diorang..kalau takde salah satu mesti terasa lain macam...indah kan hidup jika mendapat anugerah cahayamata kan!...tapi zaman sekarang ni terbalik pulak..gara2 perlakuan sumbang diri sendiri benih hasil kesalahan diri sendiri dibuang begitu sahaja dengan cara yang sungguh kejam tanpa perikemanusiaan...Ya Tuhan lindungilah anak2 kami dari pengaruh negatif dan dapat mengharungi cabaran pada masa akan datang..Amiin..

APAM DEWA DEWI...?


Nama apam ni sebenarnya apam dewa jer..saje je tambah dewi tu..tp jgn tanya camne dpt nama tu..saya btul2 x tahu..bagi org yg 1st time makan apam ni akan terasa sangat hanyir telur tu..tapi kalau anak tekak org trg cam saya ni yg dah merasanya dari kecik dah terbiasa sgt ok jer la..lagipun saya letak oren sunquick lebih sikit so x rasalah hanyir telur tu..tapi memang bertahun jugak tak makan apam ni..hari tu bila dalam fb selera trg diorg masukkan gambar apam dewa ni siap ngan link resepi dari myR..senang lak tu nak buat..rupa2nya tak sia2 buat anak2 pun suka..licin! ok resepi cam kat bawah ambik dari myR milik misayu

Bahan-bahan ( boleh mkn bila2 masa.. )

  • 6 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur)
  • Pewarna

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula dan sunquick hingga kembang (putih).
  2. Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. alaskan loyang dengan plastik.kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
  4. kemudian kacaukan sedikit aduna yang di dalam loyang dan lorekan corok di atas.
  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.. ****selamat mencuba****
tapi tadi saya tengok ada 1 versi lagi ..nanti nak cuba la..letak dulu sini utk rujukan ni dari cik mat gebu..apam marmar dary myR jgk saya ceduk ni

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

  • 250 g tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

  1. Step_by_step_026
    Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Step_by_step_025
    Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Step_by_step_027
    Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Step_by_step_028
    Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
  5. Step_by_step_029
    Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails