Followers

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH


Hari ni pergi sek lagi utk sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah...perarakan dibuat daripada luar sekolah sampai ke dewan sambil diiringi selawat ke atas rasul junjungan Rasulullah s.a.w...

Gambar di atas ni persediaan mengumpul pelajar mengikut Unit Beruniform...dan utk mengira kehadiran sebelum memulakan perarakan...


Banyak sepanduk2 yang menarik hasil kreativiti guru dan pelajar...



Berbaris diluar sekolah sebelum memulakan perarakan...guru2 pun ikut sama memeriahkan perarakan ini ...memang seronok tengok budak2 btul2 bersemangat..maklumla perarakan terbaik akan dapat hadiah..
Perarakan pun bermula...



Bila dah masuk dewan..dengar pulak ceramah agama daripada penceramah jemputan...bagus penceramah ni...ada intonasi yg menarik dan ceramahnya btul2 buat hati rasa sedih dan insaf


JOM MINUM!!!..


Salam semua..hari Rabu lepas saya dan asben sempat keluar minum petang sambil tunggu anak abis sekolah..time macam ni memang x lepaskan peluang sebab susah betul nak ada masa bersama macam ni kalau pada hari kerje..maklumlah satu pagi satu petang..

Kebetulan jer hari tu..saya terlibat bawak budak hoki dan asben pulak ngan budak bolanyer..

Ni nak citer sikit..kalau kat kk ni area Salut ada byk deretan gerai yang jual air kelapa dan lokan bakar...memang best kalau dapat singgah sekali sekala...



Lokan bakar kat atas ni dibakar ngan serai dan halia...sedap sangat2...order lokan ni pkai longgok..satu longgok RM10 yg belum bakar..yg dah bakar RM12.. nak tengok longgoknyer buleh lihat kat gambar paling atas tu.

Sambal kicap ni yang betul2 power..dengan pedasnyer..fuhh memang sedaap! jadi utk sesapa yg jalan2 KK leh lah singgah kat sini

KUIH BOM


Alamak bom meletuP!! hehe..kuih bom ni antara peberet gak..tapi dah 2 kali buat asyik x puas hati jer..tp kali ni memang teraaamat puas hati...dah lah x meletup ..ader sebiji jer wat letupan kecil..dan rasanya memang memuaskan..resepi asal wat inti kelapa tapi saya ikut stail kg saya guna inti ikan..pastu memang buat byk2 inti ikan sebab kalau ada masa nak buat karipap inti ikan lak


resepi ni di cilok dari MyR lagi oleh Noreen... dan memang akan simpan resepi ni sebab puashati btul!


Kepada empunya resepi terima kasih banyak2...

Resepinya

Bahan-bahan ( 10-11 biji )

  • 50-60gm bijan(x letak..xde stok)
  • Minyak utk mengoreng
  • Bahan-bahan doh:
  • 200-240gm tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu teh air kapur
  • 190-200ml air
  • Sedikit garam

  • Bahan-bahan inti kelapa:(saya x buat inti ni)
  • 60g gula melaka/gula merah
  • 20g gula pasir
  • 50ml air
  • 1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

  1. Jerang gula melaka/merah, gula pasir dan air hingga larut
  2. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan kelapa parut
  3. Img_0355
    Kacau atas api sederhana hingga inti agak kering
  4. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
  5. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air uli menjadi doh
  6. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
  7. Img_0446
    Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
  8. Img_0449
    Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
  9. Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan
  10. Dan siap untuk dimakan
  11. Petua utk kuih bom tak meletup dan tak merekah: 1. Minyak mesti banyak biar kuih bom terendam. 2. Minyak jgn terlalu panas. 3. Jgn menggoreng terlalu lama. 4. Terus menggoreng selepas siap dibuat jgn dibiarkan pada suhu bilik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails